HIASAN LANDSKAP DI HARI RAYA

PediCure

Free Web Page Counters
PediCure

www.rahsiataman.com

LUAR PAGAR

Di luar pagar rumah, merupakan hiasan yang paling penting kerana merupakan tempat atau lokasi yang pertama orang lihat. Orang kata pandangan pertama , memberi tanggapan yang paling tinggi terhadap persepsi orang. Tanggapan yang menentukan cantik ke tak cantik.

Untuk hiasan landskap di luar pagar, anda boleh menanam 2 jenis pokok di kiri kanan , seolah-olah penanda pintu masuk ke rumah anda. Tanaman yang sesuai untuk penanda pintu masuk rumah ialah pokok palma, pokok keladi gajah, pokok bonsai atau pokok topiari.

 

 

 

Pokok Topiari

Anda juga boleh meletakkan pasu besar yang bercorak, atau pasu yang diperbuat dari simenferro dan tanam dalam pasu itu pokok-pokok yang di sebut di atas. Pasu ini menambah seri di bahagian luar pagar anda.

 

 

 

 

Pasu

 

 

 

 

HADAPAN RUMAH

Ini merupakan lokasi yang merupakan lokasi landskap yang utama. Bermacam-macam kreativiti yang anda boleh buat untuk menghiasi laman anda.

Antara perkara yang anda perlu beri perhatian seperti menyediakan

Ruang permainan untuk anak anda bermain. Ruang ini cukup sekadar menanam rumput yang lasak seperti rumput kerbau atau mutiara.

 

 

 

Mainan

Ruang untuk berehat, ruang ini amat diperlukan kerana tempat anda berehat sambil menghirup udara segar, memerhatikan anak yang sedang bermain, tempat membaca buku, tempat bersembang. Anda boleh membuat wakaf, menyediakan meja dan bangku yang sesuai untuk kegunaan luar.

Ruang menanam , ruang untuk anda melakukan aktiviti bercucuk tanam, menyelenggara pokok. Anda boleh menanam sayur-sayuran atau pokok bunga yang anda sukai.

 

 

Cendawan

Ruang Bunyian, ruang seperti anda berada di alam semulajadi di mana ada kicauan burung, unggas, deruan air yang menambah ketenangan jiwa. Antara yang boleh anda lakukan seperti membuat kolam hiasan, membuat sangkar untuk membela haiwan peliharaan.

 

 

 

Reban

Kolam

 

 

DALAM RUMAH

Hiasan landskap dalam rumah juga penting dengan adanya tumbuhan dalam rumah dapat menyejukkan pandangan mata, dan dapat juga menambahkan okigen dalam rumah.

Peperomia

Dalam membuat pilihan tumbuhan dalam rumah beberapa perkara asas perlu di ambil kira untuk keselamatan orang di dalam rumah terutama sekali untuk kanak-kanak. Pokok yang dipilih mestilah tidak berduri, tidak beracun, atau yang boleh memberhayakan.

Sudut yang sesuai ialah di kiri kanan tv, atas meja, depan pintu tandas, kiri kanan akuarium.

Antara pokok yang sesuai berada dalam rumah seperti aglaonema, keladi hiasan, bonsai, peperomia, sireh puteri.

 

 

 

Sireh Puteri

Awas! Jangan letak pokok yang berdaun rimbun, kerana menjadi tempat persembunyian nyamuk.

Pilihlah pasu yang cantik untuk diletakkan pokok anda.

 

 

 

              

 

 

 

       Sambutan Hari Raya dah semakin tiba. Sudahkah anda bersedia menyambut ketibaan hari raya?. Bagaimanakah landskap di rumah anda, sudah di selenggara atau terbiar di tumbuhi rumpai. atau tidak ada satupun tumbuhan di rumah anda kerana anda telah menyimen kesemua bahagian rumah anda. Hiaslah rumah anda dengan landskap kerana rumah itu syurga anda. Tempat yang anda habiskan banyak masa di situ. Sekiranya anda kurang berpengetahuan tentang landskap jangan risau, layarilah laman web ini selalu anda akan dapat informasi yang terkini sedikit demi sedikit.

www.rahsiataman.com