topiari2
PediCure
Free Web Page Counters
PediCure

RAHSIATAMAN
                                                                                                                                                                                                                                                                        Selamat Datang Ke Laman Web Rahsia Taman................ Laman Sejarah........Laman ini memberi maklumat tentang sejarah landskap negara...hari-hari yang penting bagi landskap...                                                                                                                                            

contatore visite clock for website
  
 

 CARIAN

ANJUNG

PENGENALAN

PRODUK

BLOG

TIP TERKINI

E-MAIL

HUBUNGAN

- Taman

- Guru

- Pelajar

- Peribadi

PERMAINAN

BERITA

BUKU TETAMU

BUAL

FORUM

E-KAD

JADUAL

 

 

 
free hit counter

 

 

Bahasa Malaysia   English                                                        RAHSIA TAMAN

SEJARAH LANDSKAP

LAMAN SEJARAH LANDSKAP di sediakan bagi memberi maklumat kepada pengguna tentang sejarah landskap di Malaysia, Bagaimana sejarah landskap itu bermula. Diharapkan dengan ada panduan ini dapatle peminat-peminat landskap mengetahui dan menggunakan sebagai rujukan ilmiah. Saya tahu bukannya mudah untuk mencari buku mengenai sejarah landskap dalam masa segera. Kalau ada pun mahal harganya. Saya hanya memudahkan cara memperolehi maklumat dengan segera diharap dapat digunakan sebaiknya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SEJARAH

 

PERKEMBANGAN LANDSKAP

Landskap bermula dari zaman batu lagi. Ini berdasarkan bukti penemuan lukisan-lukisan di gua batu oleh ahli sejarah.

Ahli kaji purba sering menemui tinggalan bekas minyak wangi dan kilang memproses minyak wangi dari kawasan kajian. Di dapati bahawa tumbuhan digunakan untuk hiasan dan bau-bauan.

Taman al-Hambra di Sepanyol yang di bina pada akhir abad ke 11 dan 13 merupakan taman tersohor pada masa itu. Reka bentuk bangunan dan landskap bercirikan islam.

PERKEMBANGAN LANDSKAP DI MALAYSIA

Perkembangan landskap Malaysia bermula seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka(abad ke 14dan 15) Berdasarkan pengisahan Munsyi Abdullah yang menyatakan kewujudan taman larangan pada zaman Kesultanan melayu melaka dan keindahan taman bunga pada zaman kesultanan kelantan abad ke 16 dikenali dengan (Tanah Serendah Sekebun Bunga).

Hasil peninggalan penjajah Portugis, Belanda dan British di tanah melayu wujudlah landskap di mana merekalah yang memperkenalkan konsep rekreasi dan kawasan lapang. Peninggalan yang masih wujud hingga kini seperti

  • Taman Botani, Pulau Pinang (1884)

  • Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur (1888)

  • Taman Tasik Taiping, Perak (1880)

Mereka juga membawa tumbuhan eksotik  dari negara mereka.

Landskap di perkampungan orang melayu pada masa dahulu berkait rapat dengan alam semulajadi persekitarannya.Mengekalkan keadaan semulajadi, Landskap yang di buat seperti menyediakan kawasan lapang untuk kenduri. Tumbuhan yang selalu di tanam ialah kelapa, kerana banyak kegunaannya di samping itu juga kelapa di tanam sebagai menandakan kelahiran anak disayangi.

Landskap di Malaysia lebih tersusun dan teratur pada akhir tahun 1970 an. Dimana pengindahan untuk kawasan kediaman rasmi, jalan-jalan, bangunan-bangunan awam, taman-taman rekreasi dan istana.

Kesedaran timbul untuk mewujudkan banyak kawasan lapang dan kawasan untuk orang awam. Contohnya

  • Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur

  • Taman Tasik Permaisuri Kuala Lumpur

Kini Landskap menjadi cara hidup masyarakat malaysia, undang-undang juga disediakan di mana menetapkan  setiap pembangunan yang hendak dibangunkan mesti mempunyai landskap. Peruntukan undang-undang dan garis panduan bagi memastikan penanaman pokok (Akta Perancang Bandar dan Desa, 1976, Bahagian VA) , penerapan elemen-elemen landskap sebagai pelembut dan penyeri persekitaran (Garis Panduan Landskap Negara 1995)  ,Pelaksanaan akta atau undang-undang yang diperuntukan bagi mengekalkan sebahagian daripada pokok besar yang sedia ada di tapak (Bahagian 35A, Akta Perancang Bandar dan Desa,1976) dan Wawasan untuk menjadikan Malaysia sebagai "Negara Taman" pada tahun 2005

Landskap di Malaysia terus berkembang di mana kerajaan telah mewujudkan badan yang bertangungjawab untuk menguruskan landskap seperti

  • Unit Landskap di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1981

  • Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

  • Jabatan Landskap Negara (1 januari 1996)

Untuk menambah lagi tenaga mahir mengenai landskap. Kerajaan telah membuat pusat latihan mengenai landskap di mana dengan tujuan untuk menyediakan tenaga mahir dalam bidang landskap. Maka wujudlah kursus atau mata pelajaran landskap. Di Universiti , Institut, Kolej, Politeknik telah mengadakan subjek landskap untuk dipelajari.

Antara Pusat Ilmuan yang menyediakan subjek landskap seperti di

  • Universiti Sains Malaysia

  • Universiti Putra Malaysia

  • Universiti Institut Teknologi Mara

  • Univertsiti Teknologi Malaysia

  • Politeknik

  • Kolej Komuniti

  • Institut Pertanian

Kini telah wujud matapelajaran Landskap di sekolah-sekolah menengah harian biasa . Bermula pada tahun 2002 dimana matapelajaran Vokasional diperkenalkan di sekolah harian biasa iaitu matapelajaran Landskap dan Nurseri untuk pelajar tingkatan 4 dan 5.

Sekarang ini bagai cendawan tumbuh di mana sektor swasta turut terlibat dengan tertubuhnya pelbagai syarikat yang memberi khidmat , latihan, nasihat tentang landskap ,

Kerajaan juga telah mewujudkan

  • Hari landskap pada setiap 3/3

  • Acara tahunan pesta flora

  • Acara tahunan ekspo landskap di taman tasik perdana

  • Acara Tahunan MAHA di Serdang

  • Bunga raya sebagai bunga kebangsaan

  • Majlis daerah untuk mengurus landskap daerah

  • Bandaraya Putra Jaya sebagai landskap contoh yang terbaik

Maka pada hari ini dapatlah kita melihat landskap yang indah-indah berhampiran anda

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

HARI LANDSKAP NEGARA

(3/3/1998)

Hari Landskap Negara telah mula disambut pada tahun 1998, dan tarikh 3 Mac dipilih bagi sambutan ini kerana mengambil sempena pelancaran Kempen Menanam Pokok Seluruh Negara yang diadakan pada 3 Mac 1997 oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad  dan selaras dengan saranan beliau agar satu hari khas diadakan bagi penduduk menanam pokok demi untuk mengindahkan negara.
 

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyambut Hari Landskap Negara sejak kerajaan mengambil keputusan pada tahun 1998 untuk mengisytiharkan tarikh 3 Mac setiap tahun sebagai tarikh sambutan Hari Landskap peringkat kebangsaan untuk menyedarkan dan menyuburkan lagi rasa tanggungjawab bersama untuk memelihara dan memulihara khazanah alam yang kita warisi.

 

TEMA HARI LANDSKAP & TEKS UCAPAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PROGRAM

TEMA

TEMPAT

PERASMIAN

Majlis Pelancaran Kempen Menanam Pokok Seluruh Negara   3 Mac 1997

Ke Arah Malaysia Negara Taman Tahun 2005

Medan Idaman Gombak

YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad

Majlis Pelancaran Kempen Menanam Pokok Seluruh Negara 1998

Ke Arah Malaysia Negara Taman  Tahun 2005

Taman Alam Kuala Selangor

YB Dato’ Dr Ting Chew Peh

Majlis Perasmian Sambutan Hari Landskap Negara dan Kempen Menanam Pokok Seluruh Negara  8 Mac 1999

Pemeliharaan Warisan Landskap

Central Park Bandar Utama Petaling Jaya

YB Dato’ Dr Ting Chew Peh

Hari Landskap Negara 2000

Landskap Berkualiti dan Berterusan

Hutan Bandar Johor Bahru

YB Menteri Besar Johor

Hari Landskap Negara 2001

Cintailah Landskap Kita

Dataran Putra, Putrajaya

YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad

Hari Landskap Negara 2002

Cintailah Landskap Kita

Esplanade KLCC

YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad

Hari Landskap Negara 2003

Negara Indah Rakyat Sejahtera

Taman Awam Cyberjaya

YAB TPM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi

Hari Landskap Negara 2004

Negara Indah Rakyat Sejahtera

Hotel Crown Princess K.Lumpur

YB Dato’ Seri Ong Ka Ting

Hari Landskap Negara 2005

Bunga Raya Semarak Negara

Taman Bunga Raya Taman Tasik Perdana K.Lumpur

YB Dato’ Seri Ong Ka Ting

Hari Landskap Negara 2006

Bangsa Berbudaya Landskap Dipelihara

Taman Tasik Cempaka Bangi

YB Dato’ Seri Ong Ka Ting

Hari Landskap Negara 2007

 

Landskap Satu Industri

Dataran Sekolah Sg. Buloh

YB Dato’ Seri Ong Ka Ting

Hari Landskap Negara 2008

 

Landskap Warisan Kita

Pinggiran Sg. Melaka

YAB Datin Seri Jeanne Abdullah

Hari Landskap Negara 2009

Komuniti Penggerak Negara Taman

Taman Mutiara Rini, J.B

YAB Datin Seri Jeanne Abdullah

Hari Landskap Negara 2010

1 Malaysia : Negara Taman

Taman Tasik Cempaka, Bangi

YB Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin

       

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber Jabatan Landskap Negara

 

 

SEJARAH PENUBUHAN JABATAN LANDSKAP NEGARA

Penubuhan Jabatan Landskap  Negara adalah hasil daripada satu evolusi penyediaan perkhidmatan landskap di negara ini yang bermula dengan tertubuhnya Unit Landskap di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1981. Jemaah menteri yang bermesyuarat pada 24 Mei 1995 telah memutuskan "supaya diwujudkan sebuah Jabatan yang diketuai oleh seorang pegawai kanan, khusus bertanggungjawab ke atas usaha-usaha untuk melandskapkan seluruh negara. Kementerian Kewangan diminta memberi peruntukan yang mencukupi untuk tujuan ini."

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 November 1995 telah meluluskan penubuhan Jabatan Landskap Negara dan diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Berdasarkan kepada kelulusan peruntukan dan program Jabatan Landskap Negara oleh Unit Perancangan Ekonomi, antara lain Jabatan ini perlu memainkan peranan sebagai agensi kawal selia dan memberi khidmat nasihat yang perlu disokong oleh peraturan dan undang-undang bagi memastikan usaha yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan dan swasta mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada. Jabatan Landskap Negara telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 Januari 1996

Sumber Jabatan landskap negara

 

 

  RAHSIA TAMAN

MOHD FAIZAL

Dip. Pertanian UPM,      Bac.Sc. Perniagaantani UPM  KPLI KH S. Pertanian Maktab Batu Pahat

Berkhidmat  :                   SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor, Perak

Mengajar :                  Landskap & Nurseri     Tingatan 4 & 5

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Seterusnya

Sekiranya anda ingin menghantar sebarang artikel, komen, pandangan sila email rahsiataman@yahoo.com

PENAFIAN

RAHSIA TAMAN tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada Portal ini.

 

      2008 Hak Cipta terpelihara rahsiataman.com     Paparan terbaik dlm Internet explorer  (1098x520)      Kemaskini          16/03/2011 09:06:53 AM