topiari2

RAHSIATAMAN
                                                                                                                                                                                                                                                                        Selamat Datang Ke Laman Web Rahsia Taman...............Laman Sejarah.............Teks ucapan 2005............                                                                                                                                            

 CARIAN

LOGIN

PASWORD

ANJUNG

PENGENALAN

PRODUK

BLOG

TIP TERKINI

E-MAIL

HUBUNGAN

- Taman

- Guru

- Pelajar

- Peribadi

 

PERMAINAN

BERITA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rahsia Taman

TEKS UCAPAN

HARI LANDSKAP NEGARA 2005

 

PENYAMPAI
:
PERDANA MENTERI KATEGORI : UCAPAN DASAR
TARIKH
:
03-Mar-2005 HARI : Khamis
MAJLIS
:
SAMBUTAN HARI LANDSKAP NEGARA TAHUN 2005
TEMPAT
:
TAMAN BUNGA RAYA, KUALA LUMPUR
ISU
:
LANDSKAP NEGARA


TEKS UCAPAN PENUH :
 

 

 

SEMAK SEBELUM LAFAZ

Yang Berharmat Data' Seri Ong Ka Ting

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Yang Berharmat Data' Hjh. Azizah binti Datuk S. P Hj. Mahd Dun

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Y.B. Datuk Rabert Lau Hai Chew

Timbalan Menteri.. Perumahan dan Kerajaan T empatan

Y.B. Dr. S. Subramaniam Setiausaha Parlimen

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri

Yang Berbahagia Data' Lokman Hakim Mahd. Jasan

Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

 

Yang Berbahagia Datuk Hj. Ruslin Hj. Hassan

Datuk Bandar Kuala Lumpur

Yang Berbahagia Dato' Haji Ismail Ngah

Ketua Pengarah, Jabatan Landskap Negara

Yang Berhormat./Yang Berbahagia Dato' Seri/Dato'/Tuan/Puan yang

dihormati sekalian.

 

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

1. Bersyukur kita ke hadrat llahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama hadir ke majlis

yang ceria ini untuk menjayakan pelancaran Kempen Menanam Bunga Raya sempena Hari Landskap Negara

pada pagi ini.

 

2. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan alam semulajadi

dan ia merupakan salah sebuah diantara negara diseluruh dunia yang mempunyai kepelbagaian biologi yang

tinggi. Justeru itu, negara kita menjadi tumpuan dunia sebagai pusat rujukan utama alam sekitar kerana

alam semulajadinya. Di Forum Biodiversity yang saya hadiri di Paris baru-baru ini, Malaysia telah diberi

penghormatan untuk membentangkan program biodiversity yang dilaksanakan oleh negara. Banyak negara

lain ingin melihat dan belajar bagaimana kita mengurus dan memelihara sumber alam semula jadi negara kita.

 

3. Alam semulajadi telah dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kita, dan kita telah di amanahkan untuk menjaga,

memelihara serta menggunakannya secara bertanggungjawab. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar adalah

juga merupakan salah satu daripada prinsip Islam Hadhari. Kemusnahan alam semulajadi melalui kegiatan yang

tidak terancang akan mengakibatkan malapetaka atau bencana yang mengakibatkan kerugian harta benda dan

kadangkala mengorbankan nyawa. Bencana seumpama ini sering berlaku di negara kita seperti tragedi Highland

Towers, tragedi Bukit Lanjan, banjir kilat, tanah runtuh dan sebagainya. Dan baru-baru ini kita dikejutkan dengan

'tsunami' yang meragut puluhan ribu nyawa manusia di beberapa negara termasuklah negara kita.

 

4. Setiap bencana memberi pengajaran. Dengan itu, kita perlu mengambil ikhtibar dan pengajaran daripada

peristiwa 'tsunami' yang berlaku pada 26 Disember 2004. Umpamanya melalui peristiwa tersebut, kita dapati

pokok bakau yang terdapat disesetengah persisiran pantai yang dilanda bencana tsunami dapat menghalang

daripada berlaku kemusnahan yang teruk. Ini menunjukkan betapa pentingnya memelihara dan memulihara

hutan paya seperti bakau di negara ini samalah juga dengan pemuliharaan hutan dan kawasan-kawasan semula

jadi yang lain.

 

5. Penekanan yang diberikan kepada pemeliharaan alam sekitar ini tidaklah bererti kita tidak boleh meneruskan

projek-projek pembangunan kita. Apa yang perlu ialah kita harus mengamalkan pembangunan yang terancang

yang menitikberatkan alam sekitar dan kesan pembangunan kepada alam sekitar. Sekurang-kurangnya kita perlu

memulih kembali kerosakan yang berlaku dengan menanam pokok-pokok yang telah di musnahkan atau pun

dengan program-program landskap yang dapat menyumbang pemulihan ekologi dan kesejahteraan masyarakat.

 

6. Sejak negara mencapai kemerdekaan, arus pembangunan fizikal di Malaysia telah berkembang dengan pesat dan

memberi implikasi yang besar kepada perubahan landskap negara. Kawasan luar Bandar telah berubah kepada bandar.

Proses perbandaran sedang dan akan terus berlaku. Pertumbuhan pusat bandar telah meningkat dari 67 buah bandar

pada tahun 1980 kepada 129 bandar pada tahun 1991 dan pad a tahun ini sejumlah 144 PST telah wujud yang terdiri

daripada 7 bertaraf bandaraya, 33 bertaraf perbandaran dan 104 bertaraf daerah. Oengan perkembangan ini adalah

dijangka hampir 60% dari keluasan negara akan diklasifikasikan sebagai kawasan bandar menjelang tahun 2020. Dalam

konteks ini apakah peranan kita sebagai rakyat biasa dan apakah peranan landskap dalam menyokong program

pembangunan negara.

 

Hadirin yang dihormati sekelian,

 

7. Kerajaan berhasrat menjadikan Malaysia Negara Taman Terindah menjelang tahun 2020 selari dengan wawasan

negara maju atau wawasan 2020. Penyataan ini bukanlah slogan semata-mata, tetapi harus disusuli dengan

penggubalan dasar yang berkaitan dan dilaksanakan dengan berkesan.

Kita sedia maklum, keindahan dan kebersihan adalah tuntutan semua agama. Dalam satu hadis dinyatakan 'AlIah itu

indah dan Allah sukakan keindahan" dan "Kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman". Berpaksikan kepada

inilah kita harus mewujudkan persekitaran hidup yang indah, bersih dan selamat bagi melahirkan masyarakat yang

sihat dan produktif yang boleh menyumbang secara positif kepada pembangunan negara.

 

8. Pada pandangan saya, wawasan negara taman terindah juga bermakna aspek landskap perlu diambil kira di dalam

semua aspek pembangunan fizikal negara. Keseimbangan di antara pemeliharaan kawasan semula jadi dan kawasan

pembangunan harus diberi perhatian. Amalan memotong bukit-bukit, pokok-pokok, menutup laluan air dan memusnahkan

habitat setempat adalah amalan sia-sia. Kita mungkin selamat dari ancaman alam dalam jangka masa pendek tetapi

percayalah kuasa alam akan bertindak balas tanpa perlu memberi amaran di atas apa jua kerosakan alam yang telah

kita lakukan. Saya ingin menyeru agar kita semua lapisan masyarakat menjadi khalifah di muka bumi ini dengan penuh

tanggungjawab.

 

9. Melalui program negara taman ini juga saya berharap kita dapat melahirkan semula kecemerlangan dan ketamaddunan

negara Islam. Tidak mustahil bagi kita mencipta nama seperti "Hanging Garden of Babylon", "Alhambru aam "Andalusia"

sebagai dorongan untuk kita maju. Kecemerlangan ini harus didokong oleh pembangunan insan yang bertamaddun. Mereka

inilah yang akan mencorakkan pembangunan negara.

 

10. Dalam hubungan ini usaha Jabatan Landskap Negara mewujudkan banyak taman-taman awam seluruh negara

patut dipuji. Saya berharap taman-taman awam tersebut diselenggara dengan baik oleh PST terlibat supaya

kecantikkan dan fungsi taman dapat di kekalkan. Tahniah juga kepada Jabatan Landskap Negara diatas daya usaha

untuk menerbit buku "Public Spaces People Places: Quest for a garden Nation". Saya percaya buku seperti ini sangat

berguna sebagai rujukan kita dan generasi akan datang.

 

Para hadirin yang saya hormati sekelian,

 

11. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa negara Malaysia mempunyai banyak kawasan yang diliputi oleh

hutan rimba yang luas. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna kita tidak perlu lagi menanam pokok-pokok kerana

kita juga percaya bahawa setiap hari ada sahaja pokok yang ditebang untuk pelbagai tujuan termasuklah untuk

membuat lebuhraya, perumahan, kilang, sekolah, ladang dan sebagainya. Memang ini semua perlu kita buat demi

untuk pembangunan ekonomi negara dan untuk pembangunan sosial dan kesejahteraan rakyat. Namun demikian

kita tidak seharusnya memandang remeh untuk mengantikan pokok yang telah kita musnahkan dengan pokok-pokok

baru yang di tanam secara terancang supaya kita dapat kekalkan alam semula jadi kita, Walaupun penanaman

pokok-pokok baru ini tidak akan sama seperti sediakala sekurang-kurangnya pokok-pokok yang ditanam dapat

mengembalikan keadaan semulajadi dan mengurangkan kesan daripada aktiviti pembangunan yang dilaksanakan.

 

12. Oleh yang demikian usaha murni seperti program kempen menanam pokok yang dilaksanakan oleh Kementerian

Perumahan dan Kerajaan Tempatan sepertimana yang di sebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi mesti diteruskan

dan perlu disokong oleh semua lapisan masyarakat, pihak swasta dan agensi-agensi kerajaan pusat dan negeri.

Saya ingin melihat satu bentuk program besar-besaran diadakan dalam masa terdekat ini untuk kita menanam

pokok di seluruh negara supaya sasaran kita untuk menanam 20 juta pokok menjelang 2020 tercapai.

 

13. Dalam melaksanakan kempen ini saya ingin melihat lebih ramai murid sekolah dan pelajar terlibat secara

langsung. Mereka hendaklah didedahkan dengan kepentingan pokok kepada alam sekitar dan kehidupan.

Tiada yang lebih baik untuk kita menerapkan nilai-nilai cintakan alam semula jadi kalau tidak bermula

daripada kanak-kanaK di sekolah-sekolah.

 

14. Disamping itu saya juga ingin menyarankan supaya syarikat-syarikat swasta tampil kehadapan untuk

sama-sama terlibat menjayakan kempen ini. Angaplah ia sebagai sumbangan dan kerja amal kepada negara.

Mungkin kita boleh fikirkan untuk memberi insentif yang bersesuaian kepada syarikat yang terlibat dengan

program menanam pokok secara aktif. Selain daripada kawasan pembangunan, kawasan sensitif alam sekitar

seperti paya bakau harus juga dijadikan agenda kempen menanam pokok seluruh negara. Kita boleh taman

pokok secara berkelompok , kita boleh gunakan kawasan-kawasan tanah terbiar dan kawasan lombong-lombong

tinggal bagi tujuan penanaman pokok secara berkelompok dan pada masa yang sama ia dapat membaikpulih

tanah-tanah tersebut supaya menjadi lebih produktif dan berguna.

 

Hadirin sekelian,

 

15. Satu perkara lain yang ingin saya tekankan pada hari ini ialah mengenai bunga raya. Bunga raya telah

dinobatkan sebagai Bunga Kebangsaan sejak 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu YTM AI-Marhum Tunku

Abdul Rahman Putra AI-Haj. Bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksud lima prinsip

Rukun Negara. Warna merah pula bermaksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh

cabaran. Kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa,

agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di negara tercinta ini.

 

16. Apa yang dapat saya perhatikan minat serta penanaman bunga raya tidak begitu menyeluruh. Untuk

meningkatan semula kesedaran, kefahaman dan menanamkan sifat kecintaan dan kebanggaan kita kepada

bunga kebangsaan, maka kempen menanam bunga raya yang kita lancarkan hari ini perlulah diadakan.

Bersesuaian dengan tema kempen iaitu "Bunga Raya Semarak Negara", Kempen ini juga diharapkan akan

memupuk semangat perpaduan yang kukuh didalam diri rakyat Malaysia disamping menghayati maksud tersirat

disebalik bunga raya sebagai bunga kebangsaan negara. Kempen ini juga bertujuan untuk menggalakkan

penanaman bunga raya secara

 

 


 
      2008 Hak Cipta terpelihara rahsiataman.com         Paparan terbaik dlm Internet explorer   (640x480)       Kemaskini          04/09/2008 11:54:58 PM