BUNGA KEMBOJA
Ceria mata memandang

Tertarik dengan pokok ini kerana dari segi bentuk yang nampak unik , Daun berwarna hijau, bunganya berwarna merah berbelang menambah seri bunga ini. Saya tempatkan pokok bunga ini di depan pintu pejabat.
Pokok Kemboja ( Plumeria sp.)

BUNGA RAYA BESAR
Saya tertarik Bunga raya ini walaupun pokoknya masih kecil tetapi bunganya cukup besar, baja dan penjagaan yang cukup akan menghasilkan yang terbaik, Saya dapati ada tiga warna bunga yang terdapat di nurseri ini, Bunga raya warna merah, putih dan kuning.