Categories
KALENDAR
February 2013
M T W T F S S
    Mar »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728  
Like this

Follow me

Share This

Hanya Ku Minta

Semoga Allah memberi kesihatan, umur yang panjang,kekuatan iman dan murah rezeki kepada penulis rahsiataman.com

POKOK DOA (BUCIDA MOLINETI)

LAMAN POKOK DOA 

di sediakan bagi memberi maklumat kepada pengguna tentang POKOK DOA  . Semua maklumat tentang POKOK DOA  akan di kumpulkan disini. Pokok DOA  merupakan pokok teduhan yang cantik dan boleh dibuat bertingkat-tingkat dengan mengunakan pangkasan. Pokok ini popular banyak di tanam di pinggir jalan, rumah dan halaman. Harganya agak tinggi.

Pokok DOA ini merupakan tumbuhan naungan yang cantik. Pokok ini mudah di jaga , tahan panas dan tidak memerlukan jagaan yang rapi.

Pokok Doa mempunyai spesies seperti:

Bucida molineti

Bucida Angustifolia,

Bucida Buceras,

Bucida Comintana,

Bucida corelliana,

Bucida Niitida

Bucida Molineti

Nama Biasa : Pokok Doa
Nama Jolokan : Dwarf Geometry Tree, Spiny Black Olive
Nama Saintifik : Bucida Molineti
Nama Keluarga : Combretaceae
Asal : Bahamas

Pokok ini membiak melalui anak benih

131 Responses to “POKOK DOA (BUCIDA MOLINETI)”

  • Noraizmanzul:

    Askum,

    Boleh saudara ajar bagaimana nak jadikan pokok bucida rendang?

    • Waalaikumussalam,

      Untuk menjadikan pokok bucida rendang

      1. Pastikan rumpai pada keliling pokok bersih
      2. Membaja
      3. Jarak tanaman yang sesuai
      4. Pastikan akar pokok tumbuh tiada halangan sejauh 3 meter
      5. Pangkas ranting yang tidak perlu, buat 1 tingkat atau 3 tingkat
      6. Air yang cukup
      7. Tanah yang sesuai

  • shinobi:

    akar pokok doa ni bole meretakkan dinding rmh x jika di tanam berhampiran dengan rumah…

    • Ya akar pokok doa boleh meretakkan sekiranya ada halangan untuk akar merebak, tetapi akan memakan masa.

      Apabila pokok ini rendang selalunya akar pokok akan menjalar sehingga ke hujung daun,

      Sekiranya hendak menanam juga kena tanam dalam pasu besar, atau buat kotak simen khas supaya dapat melambatkan proses akarnya menjalar

  • Izzuan:

    Bagaimana untuk biakkan pokok ini?

    • Pokok ini membiak melalui anak benih namun disemai di tempat lain dahulu seperti di dalam polibeg sebelum ditanam ditempat yang terpilih. Pokok ini mengeluarkan bunga namun yang akan menjadi buah adalah dalam bilangan yang sangat sedikit. Jadi, proses pembiakannya amatlah memerlukan penjagaan yang rapi. Setelah berumur 4 – 5 minggu, barulah anak pokok bucida boleh ditanam mengikut tempat yang telah dipilih. Dalam beberapa bulan atau satu tahun kemudian, pokok ini sudah membesar dan menghiasi kawasan rekreasi.

      Hanya beberapa negara sahaja yang memiliki pokok Bucida molineti ini seperti amerika syarikat, Bahamas, Cuba, Selatan Florida dan Hispaniola. Negara kita Malaysia menanam pokok Bucida Molineti tetapi tidak mempunyai pokok ini. Hanya negara-negara yang tersenarai di atas sahaja mempunyai baka pokok Bucida Molineti. Namun asal pokok ini adalah dari negara Bahamas. Hal ini berkemungkinan kerana faktor iklim negara yang berbeza menyebabkan kesulitan untuk mengeluarkan baka pokok Bucida Molineti.

  • nor cahaya:

    saya ada menanam 3 pkok bucida, tetapi hanya satu sahaja yang membesar dengan baik, yang lagi dua tetap di saiz yang sama dan kekuningan.. kenape ye?

    • Kemungkinan berlakunya daun kekuningan dan terencat

      1. Garam terkumpul: Garam laut yang terdapat di dalam air dan menjadi kerak pada permukaan tanah merupakan antara sebab daun bertukar warna. Cara atasi; gemburkan tanah dan elak penggunaan baja berlebihan.

      2. Akar reput: Masalah ini menyebabkan tanaman sukar mendapat air yang mencukupi. Akar reput disebabkan akar yang berat, tanah basah atau akar yang berlendir. Cara atasi; siram mengikut kesesuaian tanah dan tanaman. Elak tumbuhan hidup berendam dalam air yang penuh.

      3. Sensitif kepada fluorida: Terdapat tumbuhan seperti famili Dracaenas, Cordyline dan Calathea yang sensitif terhadap fluorida dan menyebabkan daun menjadi kekuningan. Cara atasi; Siram menggunakan air suling atau air hujan.

      4. Kemarau: Penyiraman yang tidak mencukupi sama ada jarang disiram atau disebabkan kemarau. Cara atasi; Siram mengkiut jenis tumbuhan.

      5. Kelembapan rendah: Kelembapan udara turut menyumbang daun menjadi kekeringan atau terbakar seterusnya gugur. Cara atasi; Tanam pokok di tempat yang mengandungi air dan batu batu kecil. Elakkan meletak tanaman berdekatan radiator atau saluran pemanasan.

      6. Kurang baja: Tanaman memerlukan pemakanan seimbang berupa baja sekurang-kurangnya sekali sebulan. Cara atasi; Ikut arahan penggunaan baja mengikut kesesuaian tanaman.

  • MIZA:

    rumah saya tepi laut…tanah pasir + gambut… adakah sesuai utk pokok bucida ni idup…?

    apakah pokok buah-buahan yang sesuai tuk kawasan rumah saya..?

    • kalau ikut tak berapa sesuai pokok bucida disebabkan terdedah air masin…….tapi belum lagi dicuba ..
      Kalau hendak tanam boleh cuba dengan menanam dalam bekas gelung simen saiz 3 kaki tu…..kena letak campuran tanah 3 bahagian tanah loam/hitam dan 1 bahagian organik…tanam dalam gelung….

      pokok buah yang sesuai di tanam tepi laut …pokok kelapa laut dan kelapa….kalau nak tanam pokok buahan lain boleh cuba tanam di dalam gelung simen……

  • azreen:

    saya baru beli pokok ini..dipindahkan dari polibeg ke pasu..tetapi hari kedua pokok tu dah kekeringan, macam nak mati je…kenapa ye? boleh diselamatkan lagi tak pokok tu?

    • Kalau hendak pindah dari polibeg ke pasu…..seeloknya kena siram pokok dalam polibeg tu….kemudian sediakan medium pasu……..tanam dalam pasu….siram selembabnya….dan letak tempat teduh dalam seminggu atau lebih ….baru boleh letak di tempat panas….kalau nak selamat pokok letak tempat teduh dan siram…

      lagi satu kemungkinan dikhuatiri anda membeli pokok dalam polibeg itu dipotong akarnya semasa mengangkat polibeg oleh penjual….

      • Amri A.Raof:

        Saya juga mengalami masalah yg sama hampir kekeringan… Adakah perlu tambah air yang banyak… Atau tanah organik.. Mohon tips yang bersesuain

        • Boleh tambah bahan organik seperti serbuk sabut kelapa, tahi ayam dan sebagainya atau buat sungkupan pada pangkal pokok mengunakan sabut kelapa, daun kering, kertas atau bahan yang sesuai.

          • Amri A.Raof:

            daun dia gugurla pokok ni. mohon pencerahan. adakah sbb baja atau ualat bulu yg byk di pokok ni

          • Daun banyak gugur mungkin disebabkan musim kering yang berpanjangan dan disebabkan kekurangan air yang tidak mencukupi. Tetapi jangan risau gugur daun , kerana ia akan tumbuh daun kembali.

      • AriqaQaila:

        sekiranya pokok ini dipindah ke tanah menjadi layu disebabkan akarnya dipotong adakah cara untuk memulihkan pokok ini kembali atau pokok ini akan mati?

        • Pemindahan pokok ke tempat lain menyebabkan ia menerima kejutan…disebabkan ia tercedera (akar terpotong) dan perubahan persekitaran menyebabkan pokok boleh mati atau terencat dan juga disebabkan oleh cuaca yang sangat panas.

          Untuk memulihkannya
          1. Siram 2 kali sehari pagi dan petang
          2. Letakkan sungkupan keliling pokok
          3. Buat pangkasan tinggalkan sedikit daun

  • Atok Rock:

    Salam, kalau beli yg dah besar dalam 2meter lebih tu dari polibeg pastu tukar tanam atas tanah ada masalah tak compare dgn yg kecik dalam 3kaki lebih tu? sebab yg besar tentu harga pun mahal lagi..dan lagi satu tempoh matang dia 15tahun atau lebih ke?sebab tauke kebun cakap..nk beli yg kecik lambat nk besar tu rasa nk amik besar terus..

  • Tarzan:

    Salam, kalau tanam dekat dengan tar jalan,longkang tanah kampung boleh ke?atau kena jauh sikit dari longkang,jalan tar tu.rumah kampung longkang takde konkrit.Sila admin tolong sikit.

  • nor hamizah:

    As salam. bole encik berikan cadangan, pokok menjalar apa yang sesuai dengan cuaca panas? terima kasih

  • fiat:

    Pokok bicuda ade masalah pucuk mudanya terbakar.apakah pokok ini tidak tahan matahari yg terik? Adakah masalah ini akan mengganggu tumbesaran pokok?

    • Saya dah banyak tanam pokok bucida ni ….jarang menghadapi masalah ini….pucuk mudanya seperti terbakar….mungkin berpunca sebab baja kimia berlebihan….jarang sbb matahari…kalau sebab panas matahari ….keseluruhan pokok akan nampak layu……..

  • risau:

    Mr Secret Garden
    Saya ada 2 pokok bucida yg sangat besar walopun baru berumor 3 tahun akarnya nampak timbul dan sudah menjalar sejauh 10 kaki saya tanam di dalam raman ditepi rumah bolehkah akarnya memecahkan simen atau meretakkan rumah. Kalo meretakkan simen dan rumah saya bercadang hendak membunuhnya. Bagaimana cara membunuhnya adakah cukup menebangnya sampai paras tanah tanpa membunuh akarnya sudah cukup utk pokok ni mati. Sila jawwab ya..Terima kaseh

    • Berdasar pengalaman saya sekiranya pokok bucida ini tanam berdekatan dengan simen boleh meretakkan atau memecah simen. kena lihat pada hujung daun pokok bucida (kanopi) kalau hujung daun itu mencecah melebihi simen maka kadar untuk memecah simen mungkin tinggi. Tapi kena tengok simen macammana kalau simen itu kuat dan konkrit mungkin tidak akan rosak, kalau simen itu nipis dan tidak kuat….maka pecah simen akan berlaku.

      Untuk melambatkan akar merebak dengan cepat , lakukan pangkasan selalu pada daun dan ranting ,sebelum ia merebak melebihi simen.

      Cara membunuhnya boleh
      1. Menebang hingga ke pangkal dan sapu cat di tempat tebang itu supaya ia tidak tumbuh kembali
      2. Buat kelaran keliling pokok , buang kulit dan sapu racun.

  • danial:

    salam..adakah pokok Bucida molineti sama dengan pokok Terminali mantaly?

  • Assalam tuan, saya baru sahaja beli anak pokok ini berharga dalam RM20 (tinggi lebih kurang 1 kaki. Saya tanam dalam pasu sahaja (dibawahnya saya alas surat khabar dan campuran tanah organik) dan saya letakkan di kiri dan kanan halaman rumah.\

    Soalan saya, adakah akar pokok ini akan menjalar keluar dari pasu melalui lubang bawah pasu apabila ia besar dan berapa besar pokok ini boleh membesar/meninggi di dalam pasu yang saiznya sebesar pemeluk orang dewasa?

    Terima kasih tuan.

    • Akar pokok akan menjalar keluar dari pasu, sebaiknya diletakkan alas di bawah pasu contoh nya seperti pelapik pasu atau bata…. apabila akar keluar boleh le di potong kalau tidak dipotong akar akan menjalar mencari tanah.

      Kalau pokok ini di tanam di tanah ia akan membesar sebesar sebesar batang kelapa dan tinggi melebihi 20 kaki boleh di capai.

      Tetapi kalau tanam di dalam pasu , pokok ini akan lambat membesar dan terencat, dan kurang rendang, kalau dibiarkan lebih setahun pasu akan pecah. Seeloknya lakukan pemasuan semula dengan pasu yang lebih besar dan gantikan dengan tanah yang baru.

      Kalau tanam dalam pasu, sumber makanannya sangat terhad, pokok ini saya ibaratkan kuat makan untuk membesar, batang pokok tidak akan sebesar pemeluk. Tanpa penjagaan yang betul, pokok ini akan terbantut dan boleh jadi seperti proses untuk menjadikan ‘pokok Bonsai ‘

  • sal:

    Salam tuan,
    Saya bercadang untuk menanam pokok ini di halaman rumah saya untuk dijadikan pokok teduhan. Saya bercadang menanam 3 pohon doa ini di sepanjang pagar. Berapakah jarak yang sesuai di antara pokok-pokok yang hendak ditanam ini dan jarak pokok tersebut dengan pagar?
    Bolehkah saya alihkan terus anak pokok dari dalam polibag ke tanah?

  • rozila ayu:

    Assalamualaikum.
    bolehkah pokok ini ditanam dalam planter box
    untuk rooftop.

    • 1. Tanam pada planter box untuk rooftop boleh….

      cuma ada faktor yang perlu diambil kira

      a. bila 2-3 tahun planter box akan pecah….kena planter box besar sikit…
      b. sesuai hingga ketinggian 7-8 kaki kalau lebih takut tak stabil tumbang
      c. Kecuali rancang untuk membantutkannya pokok ini tidak tingggi
      d. Perlu pangkasan sebulan sekali untuk mengawal pembesarannya
      e. Perlu ambil kira kelajuan angin di roof top..takut pokok tumbang kalau tinggi
      f. tanam pada planter box tumbesarannya lambat…tidak seperti tanam di tanah
      g. Kalau nak harap rendang seperti tanam di tanah ……susah sikit le

  • siti:

    kenapa pokok bucida saya tak naik tingkat walaupun dah tanam setahun?

    • Masa membeli anak pokok bucida , kita sepatutnya membeli pokok yang mempunyai 2 tingkat, ini menunjukkan bahawa pokok ini akan berupaya membesar dengan lurus dan bertingkat lagi. Kalau membeli pokok yang setingkat dikuatiri pokok tidak akan naik lurus dan kadangkala tidak naik bertingkat disebabkan oleh pangkasan pada pohon pokok atau kemungkinan juga pokok ini diserang penyakit menyebabkan pucuk yang hendak naik ditengah itu mati…

  • rahmat:

    saya berminat dengan pokok doa dan telah membelinya..saya ingin tahu bagaimana hendak membuat benih pokok doa.adakah dari pucuknya?atau kiter boleh membuat secara tot.?

    • Selalunya pokok doa ini ditanam mengunakan biji. Tut pada pucuknya saya belum pernah cuba tapi rasanya boleh.

      • Mukhlis:

        Saya penah tengok pokok ni di balai polis senai. Bahagian bawahnya daun berwarna hijau..dan di atas berwarna putih. Seperti di tot pada pucuknya. Setahu saya, ada 2 jenis pokok DOA ni..yg daun hijau dan putih. Yang putih lebih mahal daripada yg hijau.

        Saya tanya nursery, yang daun hijau lebih murah. RM170 utk yg 7 kaki tinggi..berbanding yg daun putih..RM400++ utk tinggi 7 kaki.

        • Kebanyakan di nurseri mereka camtumkan pokok doa berdaun hijau dengan berdaun hijau putih dengan teknik cantuman baji. susah hendak jumpa yang asli pokok doa variegated kalau adapun sangat mahal harganya

    • rahmat:

      asalamualaikum..saya telah menanam 4 pokok.salah satu pokok doa itu telah terputus akar nya…Akibat terputus akar tunjang itu..daun daun nya telah kering.. Boleh kah pokok itu kembali seperti biasa…maksudnya subur..terima kasih.

  • mat:

    salam..ada x mana2 rujukan utk sya tahu tentang pokok ni, cthnya, ketinggian batang,
    ketinggian pokok,garis pusat batang pokok, jarak penanaman,

  • Saiful zaki:

    As salam..saya nak Tanya..macam boleh saya dapat kan benih pokok DOA ini??

    • Buat masa ini mengikut kata pengusaha nurseri kebanyakan benih-benih mereka masih lagi import dari luar negeri. Sebab pokok yang ditanam malaysia belum lagi mengeluarkan benih.

  • Abulqarni:

    1. Pokok bucida saya naik terlalu tinggi (4 hingga 5 kaki) dari tingkat sebelumnya sedangkan 2 tingkat sebelumnya hanya sekitar 1 kaki antara satu sama lain.

    2. Perlukah saya memangkas pucuk setelah mencapai 3 tingkat? Saya ada membaca dahan (tingkat) kekal pada kedudukannya dan tidak akan naik.

    Terima kasih atas perkongsian.

    • 1. Beza tingkat 4 kaki ke atas saya rasa lagi cantik
      2.Pangkas pucuk selepas 3 tingkat perlu juga kalau tidak… batang pokok akan naik lagi sehingga tak terkawal.

      • Abulqarni:

        Salam,

        1. Terima kasih atas info dan jawapan.
        2. Jika saya pangkas pucuknya, adakah pucuknya akan tumbuh semula dan membina tingkat seterusnya?. Atau jumlah tingkat yang ada akan kekal selepas pucuknya dipangkas?
        3. Sepohon bucida saya membentuk tingkat yang hanya berdahan tetapi tidak beranting. Adakah ianya berpunca dari dahan yang terlalu banyak pada tingkat tersebut? 4. Adakah cara tertentu bagi membolehkan setiap dahan di tingkat tersebut mencambahkan ranting yang banyak?

        Terima kasih

  • flowerias:

    salam…..boleh mintak advise sikit tak…mcm mane nak menjaga pokok bucida yang totally daun dye gugur…yang tggl cuma ranting2 nye saje….tapi akar nye masih lagi kuat…

  • flowerias:

    mintak penjelasan untuk dapat kan kembali daun pokok bucida =)

  • Risau:

    Assalamualaikum Mr.Secret Garden.Terima kaseh kerana replied message saya. 2 Pokok bucida saya sangatlah besar akarnya dah sampai lebih 10kaki adakah benar jika dicantas cabang ranting/dahan daunnya (canopy) akarnya akan berhenti menjalar mengikut size hujung cabang ranting daunnya…Terima Kaseh kerana sudi menjawab

    • Akar tidak berhenti menjalar…..cuma untuk melambatkan akar menjalar kerana mencari makanan….maksud saya apabila dicantas maka pokok tidak memerlukan makanan yang banyak jadi akar lambat sikit untuk mencari makanan tempat jauh.

      Ini sekadar pendapat saya , seperti saya lakukan cantasan pada pokok bonsai saya.

  • aizul:

    Saya mempunyai 2 pohon pokok doa ini yg telah berusia 5 tahun dan mempunyai rendang yg agak cantik, masalah yang kami hadapi sekarang terdapat serangan ulat bulu yang besar dan sangat banyak dan memakan daunnya. Pokok tidak mati tapi apabila kekurangan daun, akan tumbuh pucuk2 baru dan ulat bulu tersebut kembali ada. Bagaimana hendak mengatasi masalah ini. Sangat memerlukan bantuan utk menghapuskan ulat ini kerana pokok ditanam dikawasan halaman rumah.

    • Saya pernah menghadapi masalah yang sama, diserang ulat bulu berwarna hitam memenuhi pokok. Cara untuk mengatasi masalah ini ialah taburlah dengan racun furadan bentuk serbuk atau tepung (atau jenama lain sejenisnya) 2 minggu sekali atau sebulan sekali. Insya Allah masalah ini dapat diatasi. Hati-hati dengan racun furadan ini kerana racun ini memberhaya sekiranya terkena di tangan ia akan meresap masuk ketubuh kita jadi pakailah sarung tangan ketika menaburnya.

  • maria:

    adakah pokok bucida sesuai ditanam di sarawak dan tanah gambut? jika pokok ini terlalu di exposed pada matahari terlalu tinggi, adakah dia akan memberi kesan?

    • 1.Pokok ini memang sesuai dan tahan untuk kepanasan tinggi matahari…tidak menjadi masalah….
      2. Tanam di tanah gambut …pada pendapat saya ia boleh hidup subur cuma dikuatiri apabila ia tinggi sekiranya ada angin yang kuat takut pokok ini akan senget atau tumbang disebabkan akar tidak dapat berpegang kuat….ini berdasarkan saya cuba buat satu lubang besar dan saya masukkan serbuk kelapa dan abu bakar dan daun-daun…setahun kemudian pokok tumbuh subur..dan tinggi…tapi apabila ada angin kencang baru ini pokok jadi senget disebabkan akar tidak dapat memegang kukuh medium itu…

  • zhafran:

    salam tuan, kalau ade no phone boleh x whatsapp sy 0136699512. sy nk tunjuk pokok bucida yg dah beli.. pucuk atas die tu lain sikit, nak tunjuk dkt tuan

  • Syam:

    salam, saya baru menanam pokok bucida (daun putih),

    1. tempat saya membeli pokok ni cakap yang daun putih ni lambat sikit nak membesar berbanding daun hijau. saya nak pastikan kebenarannya..

    2. semasa saya menanam pokok ni, saya dapati ada batu besar di dasar tanah.. tak terlarat untuk saya mengalihnya.. saya biarkan. adakah ia akan memberi kesan terhadap pokok pada jangka masa panjang.? perlukah saya tanam di tempat baru?

    • 1.Pokok bucida variegated memang lambat membesar berbanding berdaun hijau, saya ada menanam pokok ini naik satu kakipun makan masa setahun
      2. Sekiranya ada halangan , pokok akan terbantut sikit tumbesarannya, sebab saya juga ada menanam dimana di bawahnya terdapat simen keras.

  • Apel:

    Salam Tuan,

    Bucida saya kelihatan tidak segar, berdaun kecil dan kering. 6 anak pokok berketinggian satu kaki tinggi ditanam pada tanah yg agak keras berdekatan pagar rumah. Mohon nasihat dan cadangan.

    • Kalau ikut penanaman yang betul, lubang penanaman adalah 0.5mx0.5mx0.5m untuk pokok yang rendah dan kecil, mengorek lubang ini secara tidak langsung dapat mengembur tanah dan mengetahui jenis tanah, kalau tanah bermasalah maka tanah itu dicampur dengan tanah hitam dan bahan organik seperti tahi ayam.

      Nasihat saya
      1. gemburkan tanah
      2. campurkan dengan baja organik/tahi ayam
      3. Tambunkan dengan tanah hitam
      4. Siram 2 kali sehari

  • SAI:

    Salam,

    Saya bercadang untuk tanam pokok ini di dalam ‘tree pit’ berukuran 1m (W) x 1m (L) x 1m (D) (sunken tree pit with brickwall and concrete base). Saya ingin tahu, dengan volume ‘tree pit’ 1m3 ini, apakah kadar tumbesaran maksimum dari segi ketinggian & diameter kanopi disebabkan kemerebakan akar dah terhalang dalam ‘tree pit’? Terima kasih

    • Tanam pokok dalam ‘tree pit’ menyebabkan kadar tumbesaran perlahan berbanding tanam pada tanah. Diameter kanopi selalunya lebih kurang 4 meter dan ketinggian lebih kurang 20 kaki. Bergantung pada penyelenggaraan yang baik terhadap pokok itu kalau medium tidak subur pokok akan terencat.Selalu saya dapati akar pokok ini akan memecahkan halangan walaupun diperbuat dari batu.

  • Afiq:

    assalamuaikum.
    Bagaimanakah penjagaan rapi pokok buchida sebesar 27 kaki yg baru dipindahkan ke tanah baru. Keadaan tanah baru lembab dan lembik.

    • Pokok bucida yang besar baru pindah ke tanah baru….paling elok kena buat bancuhan medium dengan nisbah 3:2:1 tanah loam:bahan organik: pasir untuk diletakkan pada lubang penanaman. perlu diletak pancang untuk menyokong pokok berdiri. Penjagaan seperti menyiram setiap hari.

  • Dzul:

    Assalamualaikum..
    Saya ada masalah pokok bucida diserang parasit bewarnan putih dibawah daun and parasit berwarna coklat berbentuk oval pada ranting-ranting yang sangat banyak seperti menyedut “jus” dari pokok. Daun-daun sekarang menjadi warna hijau muda.

    P/s: kalau tuan bagi email, boleh saya hantar gambar makhluk yang pelik ni.
    Terima kasih

  • cgu hashimah:

    Saya bercadang nak tanam pokok bucida berdaun putih dalam kawasan rumah. Jarak berapa kaki dari rumah ianya sesuai d tanam kerana katanya akar pokok ini boleh memecahkan simen

  • siti:

    Salam
    1.Akar pokok Bucida variegated pun timbul dan boleh memecahkan simen ke? sebabnya sefaham saya, pokok daun putih ni saiznya lebih kecil berbanding hijau..jadi adakah yang hijau je akarnya besar atau sama ja dengan daun putih?
    2.ada penjual pokok di nursery bagitau ada sejenis pokok bucida daun putih ni..tinggi dia memang setingkat tu ja..tak naik-naik dah.betul ke?

    terima kasih

    • 1. akarnya lambat timbul dan memakan masa yang lama untuk merebak
      2.Pokok bucida variegated pertumbuhannya agak lambat…..berbanding dengan bucida berdaun hijau pertumbuhannya cepat… Pokok bucida variegated tumbuh bertingkat tingkat…..cuma untuk dapat satu tingkat ke satu tingkat makan masa yang agak lama kadang tiga tahun lebih baru dapat satu tingkat.

  • kamila:

    assalamualaikum tuan…
    saya ada menanam anak pokok bucida kaler putih ni di rumah… mulanya dia hidup baik…. tapi sejak seminggu dua saya perasan ada pokok bedaun hijau tumbuh dekat bawah ranting pokok ni… saya rasa macam parasit… boleh minta email encik supaya senang saya nk hantar gambar n nak tahu cara utk atasi mslh ni…

    • Untuk pengetahuan puan kebanyakan nurseri menjual pokok bucida kaler putih dicantumkan dengan pokok bucida hijau mengunakan teknik baji . Itulah sebab ada keluar daun berdaun hijau. Caranya untuk menghilangkan daun hijau itu, pangkaslah ranting yang ada daun hijau itu.

      email saya rahsiataman@gmail.com

  • Redz:

    Salam wbt
    Tuan,
    Saya baru menanam pokok bucida setinggi 17-20 kaki
    Adakah normal semua daun2 pokok tersebut layu selepas 2,3 hari ditanam di tanah?
    Bagaimana cara utk menggalakan pertumbuhan semula daun2 tersebut kerana sebelum pokok di alihkan ke tanah daun2 pokok tersebut sgt subur

    Terima kasih

    • Adalah biasa daun pokok doa yang baru di tanam berguguran semua, untuk memulihkan kembali pastikan siram dua kali sehari dengan kuantiti air yang banyak sehingga daun baru bertunas kembali. Kalau tidak kemungkinan pokok itu akan mati.

  • mohd nor azri ismail:

    Saya tanam pokok bucida ni 3 pokok di laman rumah, sudah 3 tahun. Ketinggian melebihi atap rumah sebab tidak dipotong. Kawasan rumah memang redup dan sejuk. Kedudukan rumah saya 5km daripada pantai dan tiada masalah pokok ini membesar. Masalah yg saya hadapi, pokok ini menjadi musuh utama kepada rumput yang saya tanam kerana keseluruhan kawasan tidak terdedah kepada matahari dan juga daun yang gugur terlalu banyak.

    • Rumput memang tidak dapat tumbuh di bawah pokok doa disebabkan kurang dapat mendapat cahaya matahari dan daun pokok doa memang banyak berguguran terutama musim kering

  • Nurdiana Nordin:

    Salam Tuan,
    Saya ada sepasang pokok bucida yg tidak terjaga selama 3 tahun dan telah tumbuh sehingga 6 meter. Bagai manakah cara untuk memangkasnya supaya tingkat baru dapat tumbuh dengan sihat?

  • hafiz:

    Salam ,mana sy nk dapat kan anak benih bucida putih @ batik ? Dan mcm mana sy nk semai@ tanam ? Terima kasih

  • Jap:

    Salam,

    Ada kah pokok bucida ini mempunyai akar yang tergolong dalam “invasive roots”. Kalau nak tanam dekat rumah berapa jarak minimum dari dinding rumah?

  • jika semai biji dalam masa 1 tahun berapa tinggi pokok?

  • Alif:

    As salam..

    Saya ada menjual pokok bucida ini secara harga borong
    Diameter: 2 inches-4 inches
    Tinggi : 2meter-4meter
    Lokasi di pulau pinang..

    Boleh hubungi saya 0104634426

  • Petani amatur:

    Salam Tuan,

    Bagaimana nak menggalakkan bucida daun putih pucuk baru pink menumbuhkan tingkatnya?

    • Kalau beli baja, tengok kandungan NPK. Cari P yang tinggi contoh 15:18:15, Kandungan P yang tinggi untuk tumbesaran batang dan akar .Taburkan baja di keliling pangkal.

  • Lina:

    Salam Tuan,
    Baru-baru ini, pokok bucida saya yang setinggi 3 kaki, tumbuh pucuk yang baru tetapi terdapat 2 pucuk yang tumbuh sekali gus. Adakah saya perlu memangkas salah satu pucuk berkenaan atau biarkan ke2-2 pucuk itu sahaja?

    • Kalau ada dua pucuk , eloklah anda pangkas salah satu, tinggallah pucuk yang selari dengan batang pokok. Kalau anda biarkan ada dua pucuk, pokok ini akan kelihatan tidak menarik bila besar.

  • Encik bingung:

    Salam rahsia taman..

    Pokok bucida hijau sy dh berumur 4tahun +-.
    Dlm tempoh sebulan ni sebelah bahagian pokok seakan mati, daun gugur Dan dahan kering. Pada sebelah bahagian lg daun subur cantik siap tumbuh byk pucuk baru. Tp skrg bahagian yg subur tu dh mula gugur daun nya. Didapati banyak kerengga Dan semut hitam.

    Soalan:
    1- Bagaimana boleh terjadi sebelah subur Dan sebelah lg seakan mati?
    2. Cara supaya semut Dan kerengga tiada di pokok?
    3. Cara merawat Dan menjaga?
    4. Siram keseluruhan pokok atau bahagian bawah shj?

    Utk info sy x pernah siram atau membaja.

    Harap tuan sudi menjawab.

    • 1. Biasa terjadi semua daun pokok gugur dan dahan menjadi kering, selalu terjadi apabila cuaca panas berpanjangan, masalah tanah atau disebabkan kekurangan air, tetapi selalunya pokok ini tahan lasak dan pulih kembali.
      2. Masalah semut dan kerengga boleh diatasi dengan racun jenis serbuk, selalunya serangga ini tidak memberi masalah kepada pokok. Kerengga tidak merosakkan pokok malah ia membantu menjaga pokok daripada perosak.
      3.Untuk mempercepatkan pokok pulih kembali kena bantunya dengan menyiram air secukupnya.
      4. Siram di bawah sekeliling pokok

  • aziz:

    Assalamualaikum, saya ingin bertanya, Ahad 31/7/2016 baru2 ini saya baru pindahkan pokok bucida ke tanah daripada polibeg,, ketinggian dalam 6-7 kaki, 3 pokok kesemuanya, tetapi ada satu pokok kelihatan daunnya gugur dan menjadi kuning, adakah pokok itu telah rosak dan akan mati, atau pokok itu boleh sembuh? semasa pindahkan tiadah tanah yang pecah.. minta penjelasan pakar-pakar pokok bucida. terima kasih.

    • 1. Biasa terjadi semua daun pokok gugur dan dahan menjadi kering, selalu terjadi apabila cuaca panas berpanjangan, masalah tanah atau disebabkan kekurangan air, masalah kejutan pindah ke tempat baru tetapi selalunya pokok ini tahan lasak dan pulih kembali.

      2.Untuk mempercepatkan pokok pulih kembali kena bantunya dengan menyiram air secukupnya setiap hari.

  • Aron:

    Assalam tuan,

    Saya ada satu soalan..
    Boleh tak saya tanam pokok bucida ini dengan keratan ranting..?

    • Saya rasa boleh tapi saya belum pernah buat …pernah gak cuba sekali tapi mati mungkin disebab saya tanam pada cuaca panas melampau….tapi masalahnya nak dapat batang yang lurus dan tegak belum tentu lagi

  • Hafiz:

    Bagaimana cara prunning/cantas dahan pokok bucida agar dapat kita kawal ketinggian / jarak dahan itu kembang. Teknik membentuk rimbunan dahan yg terkawal dan cantik. Pokok yg saya tanam dah melebihi 18′ tinggi dan ada lagi pucuk yg akan naik.

    • Pokok ni kalau tak cantas…memang jadi tak cantik…kalau pokok ni tinggi dan besar elok dicantas pucuknya agar ia tak tinggi…pokok ini cantik kalau dicantas membuat tiga tingkat

  • Pokok bucida tu pakai biji benih atau benih? Lepastu benih nak dapat kat mana?

  • Faizal:

    Assalam
    Boleh terangkan macaman nak trim pokok bucida hijau untuk kekalkan pokok itu tidak menjadi terlalu tinggi dan hanya menjadi rendang sentiasa?

    Terima kasih.

  • ZaKi:

    Nak tanya sikit pasal pokok bucida ni, saya tanam ada tanam dua pokok, saya perasan ada perbezaan color urat daun dia, satu pokok urat daun color putih, pokok satu lagi urat daun dia warna merah.. ada beza ke?

  • hasbullah:

    Assalamualalkum….sy nak bertanya selalunya pokok DOA ada 3 tingkat…bolehkah saya pangkas atau potong terus rimbunan yang paling atas Dan jadikan hanya tinggal 2 tingkat daripada 3 tingkat..adakah akan membunuh pokok tetsebut

  • Sekri:

    Saya ada beberapa pokok bucida. Pokok ni selalu diserang ulat bersarung seperti kon menyebabkan daun rosak dan gugur. Pernah guna racun ulat tp tak berkesan.
    Apakah jenama racun yg sesuai utk membunuh ulat jenis ini?

  • Zainol Mohd Ali:

    Assalam. Saya ada 2 btg pokok buchida setinggi 10-15 kaki. Sejak 1-2 bulan kebelakangan ini sya perhatikan pokok tersebut semakin botak selepas musim daunnya luruh disebabkan daun baru tidak tumbuh di dahan2 bahagian bawah kedua2 pokok tersebut, yg ketaranya di bahagian pangkal. Manakala dahan2 di bahagian atasnya masih banyak lagi daun.
    (1) Adakah disebabkan oleh anai2. Sbb terdapat anai2 taman di kawasan rumah saya yg suka makan akar pokok tower tree dan lain2 pokok yg berakar lembut
    (2) Adakah disebabkan saya ada letakkan 2 btg pokok orkid di tengah2 pokok buchida. Dan akarvpokok orkid semakin menjalar ke pokok buchida
    (3) Adakah disebabkan saya ada melekatkan pokok tanduk rusa di pokok buchida tersebut

    • Adalah menjadi kebiasaan pokok bucida luruh daunnya bukan disebabkan tanduk rusa , orkid dan sebagainya.nanti dia akan tumbuh semula

      • Zainol Mohd Ali:

        Melalui pemerhatian saya setelah dekat 7 tahun menanam pokok ini. Memang menjadi kebiasaan daunnya akan luruh pd musimnya dan tumbuh daun baru selepas itu. Tp yg kali ini, sudah masuk 2-3 kali musim luruh, tetapi bahagian dahan yg bawah & pangkal dahan terus tidak tumbuh daun baru seperti kebiasaanya. Pokok tetsebut semakin botak di dahan bawah & pangkal dahan, tidak seperti sebelum2 ini yg mana daun2 baru tumbuh dgn banyaknya selepas musim luruh

  • peminatpokok:

    salam. nak tanya, ape beza pokok bucida buceras dan bucida molineti.. dari segi bentuk atau pun daun nya? tq..

  • MOHD HAFIZ OMAR:

    Salam tuan, saya ada menanam pokok bucida putih satu tingkat sejak bulan march, daunnya agak rendang, perlukah saya memangkas daun tersebut bagi menggalakkan pertumbuhan tingkat yg baru, (tunas tingkat masih kecil)

  • Hana:

    Pokok ni boleh tak tanam ditempat yg kurang dari cahaya matahari.

  • myhand:

    Saya menanam pokok bucida molineti didalam pasu yang besar. Pasu tersebut diletakkan diatas batang pokok yang telah ditebang. Adakah akar bucida boleh lagi membesar.

    Apakah baja yang sesuai untuk pokok bucida molineti?

    • Pokok bucida tanam dalam pasu , lambat sikit pembesarannya tapi pasu akan pecah juga dan akar akan keluar tapi jangan risau akar pokok ini ambil masa juga untuk merebak berbanding tanam di tanah terus.

      Untuk baja pada peringkat permulaan cukup dengan npk 15:15:15, setelah beberapa tahun cari baja mengandungi unsur p lebih dan apabila dah besar k pula lebih.

  • J:

    Hi-
    1. Apa ketinggian maksimum pokok bucida?
    2. Bahagian mana yang patut dipangkas untuk mengelakkan daun gugur berlebihan?

  • Assalamualaikum Encik.
    Saya mempunyai 5 pokok bucida batik (hijau + putih) di laman rumah.
    Kesemua pokok ini telah membesar dgn baik dan telah mencecah ketinggian atap rumah (double storey).
    Namun saya telah menyedari akar pokok2 ini menjalar timbul di permukaaan tanah.
    Jadi bg mengelakkan kerosakan pd konkrit, plumbing etc, saya bercadang utk mengalihkan dan menanam semula pokok ini di kawasan yang berlainan (iaitu rumah bapa saya). Di mana keadaan tanah yg luas dan jauh dari konkrit etc.
    Saya berbesar hati untuk mendapat nasihat dari pihak encik.
    Sekian. Terima kasih.

  • Jose:

    Hi… Saya baru saja pindah pokok doa dr pasu ke pasu yg lain,bila dah hari ke -2 daun pokok mulai kering wana coklat dan mulai gugur. Boleh kah pokok doa saya pulih sepenuhnya?

  • Rosila:

    Saya mempunyai 3 pokok bucida batik. Sejak akhir nie pokok sy bnyk di serang ulat yang bersarung. Pelbagai jenis racun seranga telah digunakan
    Tetapi tidak berhasil. Sehingga terpaksa mengutip satu2 ulat.
    1.Ada cadangan racun ulat yang sesuai untuk pokok saya?

  • angah:

    saye ade pokok bucida tertanam di laman rumah baru setingkat. pokok ni akan dengan sendirinye akan menjadi 2 tingkat n seterusnye ke. atau kite kena buat sesuatu? lg satu bawah pokok tu penuh ngan rumput. kena clear kan rumput tu ke?

    • 1.Perlu ada pangkas untuk jadi dua tingkat……………..tapi selalu pada peringkat permulaaan pokok ini bertingkat sendiri….cuma bila besar perlu ada pangkasan dilakukan.
      2. Selalunya rumput ini mati dan kurang tumbuh bila pokok ini besar dan rendang……tapi kalau pokok ini masih kecil ..rumput perlulah dipotong.

Leave a Reply

RAHSIA TAMAN UNDIAN
POKOK KAPAL TERBANG
Pernahkah anda dengar tentang pokok kapal terbang?
RAHSIATAMAN SAHABAT
Sokongan daripada anda semua amat diperlukan dengan menekan butang like. Sokongan ini dapat meningkatkan motivasi saya untuk terus menulis mengenai rahsia taman dan semua bidang ilmu landskap. Agar kita dapat berkongsi bersama tentang ilmu ini. Anda juga boleh kunjungi atau join https://www.facebook.com/rahsia.taman.3
Like Rahsiataman On Facebook
PELAWAT
161952
Visit Today : 1
Visit Yesterday : 57
This Month : 1205
This Year : 30374
Total Visit : 161952
Hits Today : 37
Total Hits : 509186
Who's Online : 1
plugins by Bali Web Design
POPULAR