Categories
KALENDAR
November 2014
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
Like this

Follow me

Share This

Hanya Ku Minta

Semoga Allah memberi kesihatan, umur yang panjang,kekuatan iman dan murah rezeki kepada penulis rahsiataman.com

Archive for November 2014

KEPERLUAN MENANAM POKOK TEDUHAN

 

pokok1Kenapa kita perlu menanam pokok teduhan , inilah jawapan kepada persoalan ini…..

 

KEPERLUAN PENANAMAN POKOK TEDUHAN/POKOK NAUNGAN
1. Menangani isu perubahan iklim/suhu di kawasan bandar.
2. Mewujudkan persekitaran hidup yang selesa dan segar serta
memupuk budaya hidup sihat.
3. Membekalkan sumber oksigen kepada manusia serta
menyerap karbon dioksida dan monoksida.
4. Mengurangkan imej hutan konkrit atau „concrete jungle‟ dan
meningkatkan kualiti kawasan hijau atau „green canopy‟ di
sekitar bandar.
5. Mengawal hakisan tanah serta menapis haba melalui
pengurangan suhu biasan permukaan jalanraya.
6. Meningkatkan biodiversiti dan perlindungan habitat di kawasan
bandar.
7. Menggalakkan orang ramai berjalan kaki, yang secara tidak
langsung mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor di
kawasan bandar.
8. Sumber rekreasi dan meningkatkan nilai keindahan bandar.

Sumber petikan daripada Laman Jabatan Landskap Negara

MAHA 2014

MAHA 2014 

PAMERAN PERTANIAN TERBESAR DI MALAYSIA

 CarSticker

 

maha0

MAHA 2014  merupakan pameran pertanian yang terbesar di malaysia dan diadakan 2 tahun sekali bertempatkan di MARDI SERDANG. Tempat pameran sangat luas hinggakan kalau sehari berjalan terasa tidak mencukupi untuk melihat kesemuanya.

MAHA 2014 ini merupakan kunjungan saya buat kali kedua selepas MAHA yang pertama diadakan. Jauh bezanya kali pertama dan kedua, terdapat perubahan drastik dari segi pembangunan dan kunjungan orang ramai.

Saya dan keluarga saya pergi Ke MAHA 2014 pada hari Khamis , 27 hb November 2014 bertolak dari rumah pada pukul 9.00 pagi dan sampai pada pukul 12.00 pm.

maha1

Mula masuk ke MAHA 2014 kena cari tempat parking, memang jauh tempat parking ke tempat pameran MAHA 2014, parking dikenakan caj sebanyak RM5.00 bila keluar. Bawalah payung kalau tidak jenuh le berpanas bila berjalan, kalau bawa budak kecil atau orang tua elok le bawa kereta sorong kalau tidak jenuh le kena dukung dia orang.

Pameran Maha 2014 masuknya percuma.

maha2

 

 

Inilah merupakan bahagian hadapan sebelum masuk ke dewan pameran MAHA 2014, Saya berkunjung ke MAHA 2014 selama 3 jam sahaja kerana tidak larat berjalan dalam cuaca yang amat panas.

Antara yang menarik minat saya untuk melihat booth di pameran Maha ini

1. Booth Madu

2. Booth lori usahawan

3. Booth hidroponik

4. Booth makanan herba

5. Gerai jualan pokok bunga dan pokok tanaman

Selepas berkunjung di Pameran Maha 2014, saya bermalam Di Hotel Amani , Bangi Selangor selama semalam RM85.00. Itulah sahaja lawatan saya ke Maha 2014, Insya-Allah , 2 tahun lagi datang lagi.

Berikut antara gambar yang dapat saya ambil.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

RAHSIA TAMAN UNDIAN
TUMBUHAN RENEK
Yang mana satu tumbuhan renek?
RAHSIATAMAN SAHABAT
Sokongan daripada anda semua amat diperlukan dengan menekan butang like. Sokongan ini dapat meningkatkan motivasi saya untuk terus menulis mengenai rahsia taman dan semua bidang ilmu landskap. Agar kita dapat berkongsi bersama tentang ilmu ini. Anda juga boleh kunjungi atau join https://www.facebook.com/rahsia.taman.3
Like Rahsiataman On Facebook
PELAWAT
147474
Visit Today : 36
Visit Yesterday : 44
This Month : 1424
This Year : 15896
Total Visit : 147474
Hits Today : 82
Total Hits : 466904
Who's Online : 1
plugins by Bali Web Design
POPULAR