Categories
KALENDAR
December 2017
M T W T F S S
« Feb    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
Like this

Follow me

Share This

Hanya Ku Minta

Semoga Allah memberi kesihatan, umur yang panjang,kekuatan iman dan murah rezeki kepada penulis rahsiataman.com

Bunga Kebangsaan Negara Asean

BUNGA KEBANGSAAN

1. Indonesia

Bunga kebangsaannya ialah bunga Anggerik Bulan (Phalaenopsis Amabilis)

Bunga Anggerik Bulan  berkembang sebanyak dua ke tiga kali dalam setahun dan gugur selepas dua ke enam bulan kemudian. Bunga ini banyak didapati di kawasan tanah rendah di Indonesia.

2. Singapura

Bunga kebangsaannya juga sejenis orkid iaitu Vanda Miss Joaquim.

Bunga ni berwarna ungu dan berkembang sepanjang tahun. Bunga ini banyak ditanam di serata Singapura.

3. Thailand

Bunga kebangsaannya ialah Ratchaphruek (Cassia Fistula Linn)

Bunga ini berkelompok-kelompok dan berwarna kuning. Orang Thai khasnya penganut Buddha menggangap warna kuning itu sebagai warna  agama Buddha yang melambangkan kemenangan dan kecemerlangan. Biasanya berkembang dalam bulan Februari hingga ke Mei dan menjadi lambang keharmonian dan kesatuan hati rakyat Thailand. Bunga ini banyak ditanam di sepanjang tepian jalanraya di negara ini.

4. Vietnam

Bunga kebangsaan negara Viet Nam ialah Bakawali atau Lotus. Dikenali sebagai Bunga Senjakala.

Bunga ini banyak didapati di tasik dan kolam di serata negara ini. Bagi rakyat Vietnam, bunga ini adalah lambang kesucian, komitmen dan harapan baik untuk masa depan mereka.

5. Filipina

Bunga kebangsaannya ialah Sampaguita Jasmine (Arabian Jasmine).

Bunga ini berwarna putih dan berkembang sepanjang tahun. Baunya amat harum dan setiap kali mengeluarkannya bau itu boleh tahan selama sehari. Bagi rakyat Filipina, bunga ini melambangkan kesucian dan kekuatan. Bunga ini berasal dari pergunungan Himalaya.

6. Brunei Darussalam 

Bunga kebangsaan Negara Brunei ialah Simpor (Dillenia Suffruticosa).

Bunga ini berwarna kuning cerah dan berdaun lebar. Apabila berkembang penuh, kelopak-kelopaknya menyerupai sebuah payung. Gambar bunga ini digunakan pada wang kertas satu ringgit Brunei. Juga kerap kali digunakan sebagai corak pada hasil kraftangan tradisional Brunei. Bunga ini banyak tumbuh di sepanjang sungai-sungai di negara ini terutama di Sungai Temburong. Pokok bunga ini boleh digunakan sebagai ubat luka.

7. Burma/Myanmar

Bunga kebangsaannya ialah Paduak (Pterocarpus Indicus).

Bunga ini kecil-kecil dan berwarna kuning emas. Biasanya berkembang mekar dalam bulan April iaitu semasa rakyat Myanmar menyambut perayaan tahun baru mereka. Rakyat Myanmar menganggap tumbuhan ini sebagai lambang kekuatan dan ketahanan.

8. Cambodia (Kampuchea)

Bunga kebangsaan negara ini ialah Rumdul (Mitrella Mesnyi).

Bunga ini berwarna putih-kuning dan mengeluarkan bau yang harum pada waktu petang. Pokok Rumdul ini boleh tumbuh setinggi 8 hingga 10 meter dan banyak didapati di seluruh Cambodia. Biasanya bunga ini dijadikan tanaman hiasan di taman-taman bunga.

9. Laos

Bunga kebangsaan negara Laos ialah Dok Champa (Plumeria).

Bunga berlilin ini berbau manis dan boleh didapati dalam warna merah, kuning, pink dan warna campuran. bagi rakyat negara ini, Bunga Dok Champa melambangkan kegembiraan dan ketulusan. Bunga ini kerap kali dijadikan hiasan dalam sesuatu upacara ataupun dijadikan kalung menyambut ketibaan tetamu.

10. Malaysia

Bunga kebangsaan negara Malaysia ialah Bunga Raya (Hibiscus rosa sinensis)

Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus rosa sinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan

RAHSIA TAMAN UNDIAN
TUMBUHAN AIR
Keladi yang hidup di permukaan air?
RAHSIATAMAN SAHABAT
Sokongan daripada anda semua amat diperlukan dengan menekan butang like. Sokongan ini dapat meningkatkan motivasi saya untuk terus menulis mengenai rahsia taman dan semua bidang ilmu landskap. Agar kita dapat berkongsi bersama tentang ilmu ini. Anda juga boleh kunjungi atau join https://www.facebook.com/rahsia.taman.3
Like Rahsiataman On Facebook