Categories
KALENDAR
December 2017
M T W T F S S
« Feb    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
Like this

Follow me

Share This

Hanya Ku Minta

Semoga Allah memberi kesihatan, umur yang panjang,kekuatan iman dan murah rezeki kepada penulis rahsiataman.com

Kerjaya

KERJAYA LANDSKAP

Kerjaya, kerjaya, kerjaya yang sering menjadi persoalan apakah kerjaya apabila kita belajar tentang landskap, Boleh dikatakan majoriti dalam mengatakan kerjaya landskap adalah tukang kebun. Itu sahaja yang diketahui ramai.

Pada masa dahulu , kerjaya landskap merupakan bidang yang tidak diminati, susah untuk mendapat pekerjaan, malahan pada masa itu yang menjadi tukang kebun langsung tidak mempunyai ilmu tentang landskap.

Sekarang kerjaya dalam landskap merupakan satu kerjaya yang mewah,  yang mempunyai ramai pelajar yang mendalami ilmu landskap, usahawan-usahawan landskap yang berjaya, pakar-pakar landskap yang telah berjaya menggunakan ilmu yang dipelajari untuk menghasilkan landskap-landskap yang begitu indah di negara kita.

Dulu semasa di sekolah, teringat juga saya, orang panggil saya mat bunga , rupa-rupanya betullah saya jadi mat bunga. Asyik cakap pasal pokok bunga sahaja, sehinggakan sekarang saya dah jadi cikgu bunga, ha! ha! . Mengajar budak-budak menanam pokok bunga  di sekolah.

Peluang kerjaya yang boleh diperolehi daripada mendalami ilmu landskap ialah seperti

  • Pensyarah Landskap
  • Guru Landskap
  • Arkitek Landskap
  • Perekabentuk Landskap
  • Perunding hiasan landskap
  • Perunding hiasan dalaman
  • Kontraktor Landskap
  • Usahawan Nurseri
  • Penyelia Taman
  • Juruteknik Landskap
  • Pembantu Landskap
  • Tukang Kebun
  • Penulis buku landskap
  • Penceramah Landskap
  • Penulis laman web landskap
  • Wartawan landskap
  • Pengacara Landskap

 

Sekarang kerjaya landskap merupakan mempunyai prospek yang cerah boleh dikatakan disemua agensi swasta dan kerajaan memerlukan khidmat landskap. Pelbagai kerjaya yang berkaitan landskap telah di wujudkan.Dan kerajaan telah banyak menunjukkan kesungguhan untuk memartabatkan landskap ini dengan mengadakan pelbagai aktiviti landskap dan tempat untuk menambah ilmu landskap.

“Di mana ada pokok di situ ada kerjaya landskap”

 

RAHSIA TAMAN UNDIAN
BUNGA KEBANGSAAN INDONESIA
BUNGA KEBANGSAAN INDONESIA?
RAHSIATAMAN SAHABAT
Sokongan daripada anda semua amat diperlukan dengan menekan butang like. Sokongan ini dapat meningkatkan motivasi saya untuk terus menulis mengenai rahsia taman dan semua bidang ilmu landskap. Agar kita dapat berkongsi bersama tentang ilmu ini. Anda juga boleh kunjungi atau join https://www.facebook.com/rahsia.taman.3
Like Rahsiataman On Facebook