Categories
KALENDAR
November 2019
M T W T F S S
« May    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
Like this

Follow me

Share This

Hanya Ku Minta

Semoga Allah memberi kesihatan, umur yang panjang,kekuatan iman dan murah rezeki kepada penulis rahsiataman.com

Masalah

MASALAH PEMOTONG RUMPUT

 

Saya bersama pelajar landskap banyak menanam pokok untuk mencantikkan sekolah tetapi saya dapati banyak pokok saya mati dan hilang. Harga pokok bunga bukannya murah dan usaha untuk menanamnya memerlukan keringat yang banyak dan masa yang terbuang.

Sekarang ini susah untuk menjumpai tukang kebun yang betul-betul bertanggungjawab kebanyakan yang bekerja banyak yang culas dan malas.

Saya cuba menyiasat kenapa pokok bunga yang di tanam mati atau hilang begitu saja rupanya disebabkan oleh

1. mata mesin rumput yang melibas terkena pokok menyebabkan pokok tercedera dan menyebabkan ia mati

2. Libasan mata mesin rumput menyebabkan batang pokok terputus dua.

Tukang kebun yang tidak bertanggungjawab merasa gembira sebab sudah tidak ada pokok untuk dia siram dan selenggara.

Maka daripada masalah ini timbullah idea kreatif saya untuk mengatasi masalah pokok dicantas mesin rumput.Jadi saya gunakan paip diletakkan pada pangkal pokok untuk mengelakkan pokok di cantas pokokmerah2

 

pokokmerah1

 

RAHSIA TAMAN UNDIAN