Categories
KALENDAR
July 2019
M T W T F S S
« May    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
Like this

Follow me

Share This

Hanya Ku Minta

Semoga Allah memberi kesihatan, umur yang panjang,kekuatan iman dan murah rezeki kepada penulis rahsiataman.com

Boleh makan

ULAM

Ulam boleh ditakrifkan sebagai bahagian tumbuh-tumbuhan yang terdiri dari pucuk, daun, batang, umbut, biji, buah, ubi dan bunga yang dimakan mentah, dicelur, distim atau direbus sebelum makan.Selalunya bagi menambah rasa kepada ulaman yang dimakan, ia dicecah dengan sambal belacan, budu, cencaluk, mayonis, atau cecahan-cecahan lain. Biasanya disertakan sekali dengan nasi dan lauk-pauk yang lain. Ulam terkenal sebagai hidangan harian utama di kalangan masyarakat Melayu.

BUAH KATAK PURU

Buah yang menyerupai badan katak puru, dikenali dengan nama buah katak puru atau nam nam, Pokok nam nam atau nama saintifiknya Cynometra Cauliflora merupakan tumbuhan unik kerana berbunga dan berbuah di batang.

Sekali pandang memang rasa tak berani hendak memakannya…terutama baru pertama kali melihatnya. Saya pun baru pertama kali melihat dan makan buah ini.

Buah Macam Katak Puru daaaaa………!!!

Rasa masam manis…..dan bertambah selera bila di cicah kuah rojak……..

Pokok ini masih lagi boleh ditemui di Semenanjung Malaysia terutama di kawasan Utara dan Pantai Timur. Pokoknya mudah tumbuh melalui kaedah tanaman biji ataupun tut.
RAHSIA TAMAN UNDIAN