Categories
KALENDAR
June 2017
M T W T F S S
« Feb    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
Like this

Follow me

Share This

Hanya Ku Minta

Semoga Allah memberi kesihatan, umur yang panjang,kekuatan iman dan murah rezeki kepada penulis rahsiataman.com

Asparagus

ASPARAGUS

Saya berminat betul untuk menanam asparagus ini. Alhamdulillah saya telah mendapat benihnya daripada Syarikat TRIO dengan harga RM2.00 sepeket….beli pada 5/11/2013. Saya beli tiga peket.

Asparagus ada dua jenis satu warna putih  dan satu warna hijau,

Saya hanya dapat benih asparagus warna hijau

 

Asparagus kaya dengan vitamin A, B komplek dan c, bahan galian seperti kalsium, besi dan fosforus.

 

Asparagus merupakan anggota keluarga Lily (Liliaceae) yang meliputi bawang putih dan bawang merah.

Asparagus berasal dari kata Yunani yang bererti ‘tunas’.

Asparagus adalah sayur-sayuran yang sangat rendah lemak tepu, kolesterol dan mempunyai kandungan serat yang sangat tinggi, asid folik, kalium dan pelbagai vitamin.

Asparagus adalah satu-satunya sayuran- yang mengandungi Glutathione. Ia adalah antioksida yang sama seperti yang dijumpai didalam tubuh badan dan dikenali dapat melawan penyakit-penyakit seperti kanser dan Alzheimer.

 

Pokok Asparagus

Asparagus selalunya digoreng mengunakan minyak zaitun dan dicampur bersama sayuran lain , cendawan atau udang

Asparagus
Nilai-nilai per 100 g (3.5 oz)

Tenaga: 85 kJ (20 kcal)
Karbohidrat: 3,88 g
– Gula: 1,88 g
– Serat makanan: 2,1 g
Lemak: 0,12 g
Protein: 2,20 g
Thiamine (vit. B1): 0,143 mg (12%)
Riboflavin (vit. B2): 0,141 mg (12%)
Niacin (vit. B3): 0,978 mg (7%)
Asid Pantothenic (B5): 0,274 mg (5%)
Vitamin B6: 0,091 mg (7%)
Folat (vit. B9): 52 μg (13%)
Vitamin C: 5,6 mg (7%)
Vitamin E: 1,1 mg (7%)
Vitamin K: 41,6 μg(40%)
Kalsium: 24 mg (2%)
Besi: 2,14 mg (16%)
Magnesium: 14 mg (4%)
Mangan: 0.2 mg (10%)
Fosforus: 52 mg (7%)
Kalium: 202 mg (4%)
Zink: 0,54 mg (6%)

Peratusan ini berbanding dengan cadangan Amerika Syarikat untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database

RAHSIA TAMAN UNDIAN
Pokok Hiasan
Pokok yang tidak mempunyai ranting?
RAHSIATAMAN SAHABAT
Sokongan daripada anda semua amat diperlukan dengan menekan butang like. Sokongan ini dapat meningkatkan motivasi saya untuk terus menulis mengenai rahsia taman dan semua bidang ilmu landskap. Agar kita dapat berkongsi bersama tentang ilmu ini. Anda juga boleh kunjungi atau join https://www.facebook.com/rahsia.taman.3
Like Rahsiataman On Facebook