Categories
KALENDAR
July 2019
M T W T F S S
« May    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
Like this

Follow me

Share This

Hanya Ku Minta

Semoga Allah memberi kesihatan, umur yang panjang,kekuatan iman dan murah rezeki kepada penulis rahsiataman.com

Limau Kasturi

POKOK LIMAU JADI PILIHAN

–

Apabila  Tahun Baru Cina tiba, permintaan terhadap limau mandarin dan pokok limau kasturi pasti akan meningkat kerana menurut kepercayaan kaum Cina, limau melambangkan kesejahteraan dan kemewahan.

Masyarakat Cina pasti menjadikan pokok limau sebagai hiasan kerana menurut kaum tersebut, rezeki mereka akan bertambah seperti mana banyaknya buah limau pada pohon itu

Limau bermaksud emas dalam bahasa Cina, sekali gus menjadi simbol kepada kekayaan dan kemewahan.

LIMAU KASTURI

Limau kasturi (Citrus Microcarpa)

Buah pokok limau kasturi boleh dibuat seperti jus limau, pekasam, jeruk, herba, spa, wangian dan sebagainya.

limaukasturi1

Bunga pokok limau kasturi berbau harum seperti haruman bunga kasturi

limaukasturi2

Buah limau kasturi yang masih belum matang

Saya telah membeli anak  Pokok limau kasturi di Ekspo Pertanian Kg Gajah 15 oktober 2013 dengan harga rm7.00.

Selalunya saya guna buah pokok limau kasturi untuk masakan tomyam, laksa, sup,  dan perah pada minuman teh, kerabu dan sambal belacan.

Kadang-kadang kalau dapat banyak buah ini , saya perah untuk jadikan cecair pencuci pingan….

Buah yang dah matang

RAHSIA TAMAN UNDIAN