Categories
KALENDAR
August 2017
M T W T F S S
« Feb    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Like this

Follow me

Share This

Hanya Ku Minta

Semoga Allah memberi kesihatan, umur yang panjang,kekuatan iman dan murah rezeki kepada penulis rahsiataman.com

Terung Telunjuk

JENIS-JENIS TERUNG

Pelbagai jenis terung yang boleh dimakan samada dimasak dan dibuat ulam ,

Masakan yang selalu dibuat seperti masak pajeri, masak lemak ikan masin, goreng sambal.

Saya senaraikan jenis-jenis terung yang biasa terdapat di tempat kita, adakalanya mungkin juga kita tidak ketahui kewujudan terung ini.

Pokok terung juga sesuai ditanam di taman herba anda.

Terung

Solanum melongena

Terung Bulat

Terung bulu /asam/iban

Terung Telunjuk

Solanum sp.

Terung Putih

Terung Susu Kambing

Solanum mammosum

Terung pipit/rembang/manggul

Solanum torvum

POKOK TERUNG TELUNJUK

POKOK TERUNG TELUNJUK (Solanum spp.)

Terung telunjuk (Solanum sp.) dari famili Solanaceae merupakan kumpulan terung yang asli (primitif).

Terung Telunjuk ini merupakan sejenis terung yang sering dicelur untuk dimakan sebagai ulam bersama sambal belacan. Ia juga sering dimakan sebagai ubat. Pokok terung Telunjuk ini mudah hidup dan tidak diserang penyakit akar dan berbuah sepanjang masa

Khasiatnya boleh melegakan batuk, asma atau lelah, sakit gigi dan bengkak gusi.

 

Pokok terung Telunjuk mudah membiak melalui penyemaian biji benih. Biji benih terung Telunjuk juga boleh diambil daripada buah yang cukup masak dan dikeringkan di tempat teduh. Biji benih perlu disemai sebelum anak pokok dialihkan ke tanah atau ke dalam pasu besar.

RAHSIA TAMAN UNDIAN
TUMBUHAN AKUATIK
Yang mana satu tumbuhan akuatik?
RAHSIATAMAN SAHABAT
Sokongan daripada anda semua amat diperlukan dengan menekan butang like. Sokongan ini dapat meningkatkan motivasi saya untuk terus menulis mengenai rahsia taman dan semua bidang ilmu landskap. Agar kita dapat berkongsi bersama tentang ilmu ini. Anda juga boleh kunjungi atau join https://www.facebook.com/rahsia.taman.3
Like Rahsiataman On Facebook