Categories
KALENDAR
April 2020
M T W T F S S
« Feb    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
Like this

Follow me

Share This

Hanya Ku Minta

Semoga Allah memberi kesihatan, umur yang panjang,kekuatan iman, permudahkan urusan dunia & akhirat dan murah rezeki kepada penulis rahsiataman.com

Posts Tagged ‘haiwan peliharaan’

KUCING KESUNYIAN

KUCING KESUNYIAN

Kesian betul kucing putih i dah mati, jadi tingallah kucing hitam i keseorangan. Oleh kerana dia keseorangan i carikan temannya sebagai pengganti. Jadi i pegi kedai cari anak patung kucing tetapi yang ada anak harimau….kira jadi le…i pun beli…..

 patungkucing

Anak patung harimau

Oleh kerana kucing i tu selalu kebosanan yang amat sangat, duduk termenung i belikan dia sebuah bola yang ada loceng, maka seronoklah dia bermain…cing cing bunyi dia…..

 mainan

Bola loceng

Tengok tu che tam tu buat apa, dok usha usha…..mengiau-ngiau tak henti henti, itu tandanya dia hendak sesuatu, dia hendak apa ya…..

 selipar

Kucing nakkan sesuatu

Rupa-rupanya kucing i hendakkan susu, patule ia terngiau-ngiau so i bancuhkan susu bagi pada dia…..seronok ia memegang botol sambil nyot-nyot.

 susu

Kucing Hisap botol

 

KUCINGKU

KUCING

kucing

    Kucing binatang peliharaan yang jinak, manja dan come. Penjagaannya juga mudah. Sesetengah orang tidak suka kucing kerana geli. Tapi bagi i sangat suka pada kucing. i suka belai kucing. Bosan-bosan balik kerja boleh gak main-main dengan kucing di taman.

Pengalaman pertama membela kucing, i bela pada  bulan 6,2007 , Itupun dapat percuma daripada Cikgu Rahim, Masa tu i tak de anak lagi, jadi i ambil kucing ni buat teman bini i. I namakan kucing itu come. kerana come betul ekor dia panjang dan tegak. Tapi apakan daya umurnya tak panjang dia pergi buat selama-lamanya pada 23 November 2008, Jatuh longkang yang dalam.Jiran aku pi tanam dia.

Selepas Hari Raya Aidiladha 2008, 16 Disember 2008, i pergi tolong mak i runtuhkan pelamin pengantin di Parit Hj Napis, Bagan Serai. Masa tengah nak runtuh pelamin terjumpa dua ekor anak kucing yang come, satu hitam satu putih, agak i baru berumur seminggu, so i rasa berkenan sangat ngan kucing ni. I ambil keputusan untuk membela kucing ini. Harap-harap mak kucing tu tak marah……i akan bela anaknya sebaik mungkin..

I namakan anak kucing ni Tam dan Tih sebabnya satu hitam satu putih. Nanti bila dia orang besar boleh main dengan anak i Faiz.

 kucing hitam

TAM

kucing putih

TIH

   I letakkan kedua-dua anak kucing ni dalam kotak komputer……Hari pertama berada di rumah i, dia orang masih kenyang lagi….masuk hari kedua mereka lapar, ini buat i pening sebab tidak tahu hendak bagi makan apa kerana kucing ni masih kecil lagi, menyusu maknya…i beli susu cair bagi dia orang makan mengunakan picagari beli di farmasi RM1.00.

picagari

Picagari (Syringe)

    Susah betul nak bagi makan kucing guna picagari ni….I pun pergi cari pula botol kat kedai bayi, cari botol yang kecil dan puting yang kecil…

botol

Botol susu

Nasib i baik botol kecil tu ada kat kedai bayi tu….I beli dengan harga RM7.90. Maka i pun menyusu le anak kucing ni dengan botol ni…nyot-nyot kucing tu hisap…..

susu

Catatan: Tih dah jadi arwah pada 21hb Disember 2008..kecian akibat sejuk kot atau sakit perut…

 

RAHSIA TAMAN UNDIAN
PELAWAT
228718
Visit Today : 3
Visit Yesterday : 87
This Month : 451
This Year : 5774
Total Visit : 228718
Hits Today : 6
Total Hits : 682938
Who's Online : 1
POPULAR