Categories
KALENDAR
May 2019
M T W T F S S
« Apr    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
Like this

Follow me

Share This

Hanya Ku Minta

Semoga Allah memberi kesihatan, umur yang panjang,kekuatan iman dan murah rezeki kepada penulis rahsiataman.com

Posts Tagged ‘maha maeps’

MAHA 2014

MAHA 2014 

PAMERAN PERTANIAN TERBESAR DI MALAYSIA

 CarSticker

 

maha0

MAHA 2014  merupakan pameran pertanian yang terbesar di malaysia dan diadakan 2 tahun sekali bertempatkan di MARDI SERDANG. Tempat pameran sangat luas hinggakan kalau sehari berjalan terasa tidak mencukupi untuk melihat kesemuanya.

MAHA 2014 ini merupakan kunjungan saya buat kali kedua selepas MAHA yang pertama diadakan. Jauh bezanya kali pertama dan kedua, terdapat perubahan drastik dari segi pembangunan dan kunjungan orang ramai.

Saya dan keluarga saya pergi Ke MAHA 2014 pada hari Khamis , 27 hb November 2014 bertolak dari rumah pada pukul 9.00 pagi dan sampai pada pukul 12.00 pm.

maha1

Mula masuk ke MAHA 2014 kena cari tempat parking, memang jauh tempat parking ke tempat pameran MAHA 2014, parking dikenakan caj sebanyak RM5.00 bila keluar. Bawalah payung kalau tidak jenuh le berpanas bila berjalan, kalau bawa budak kecil atau orang tua elok le bawa kereta sorong kalau tidak jenuh le kena dukung dia orang.

Pameran Maha 2014 masuknya percuma.

maha2

 

 

Inilah merupakan bahagian hadapan sebelum masuk ke dewan pameran MAHA 2014, Saya berkunjung ke MAHA 2014 selama 3 jam sahaja kerana tidak larat berjalan dalam cuaca yang amat panas.

Antara yang menarik minat saya untuk melihat booth di pameran Maha ini

1. Booth Madu

2. Booth lori usahawan

3. Booth hidroponik

4. Booth makanan herba

5. Gerai jualan pokok bunga dan pokok tanaman

Selepas berkunjung di Pameran Maha 2014, saya bermalam Di Hotel Amani , Bangi Selangor selama semalam RM85.00. Itulah sahaja lawatan saya ke Maha 2014, Insya-Allah , 2 tahun lagi datang lagi.

Berikut antara gambar yang dapat saya ambil.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

RAHSIA TAMAN UNDIAN
PELAWAT
205968
Visit Today : 17
Visit Yesterday : 50
This Month : 1236
This Year : 10766
Total Visit : 205968
Hits Today : 29
Total Hits : 628595
Who's Online : 1
POPULAR