Categories
KALENDAR
June 2020
M T W T F S S
« Feb    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
Like this

Follow me

Share This

Hanya Ku Minta

Semoga Allah memberi kesihatan, umur yang panjang,kekuatan iman, permudahkan urusan dunia & akhirat dan murah rezeki kepada penulis rahsiataman.com

Posts Tagged ‘pokok palma’

BENIH KELAPA

kelapa3

Dalam pemilihan benih kelapa, untuk ditanam tepi rumah kawasan yang tidak berapa luas.  Selalunya kita memilih pokok yang rendah dan banyak buah, sekarang ada banyak varieti dihasilkan yang boleh kita pilih.

Tahukah anda semasa memilih benih , mengikut kata orang tua kena pilih benih kelapa yang betul kalau tidak pandai pilih bila besar nanti pokok ini disambar petir. Dari segi betul tidak betul ini, tidak tahu pula, cuma memang ada pokok kelapa yang disambar petir.

Saya ada terbaca satu petikan di sebuah laman web bahawa pokok kelapa dan pokok ciku merupakan tempat jin suka duduk.

Ok berbalik pada pilih benih tadi

kelapa1

Cuba perhatikan betul-betul, tunas kelapa ini tumbuh di bawah bulat kelapa. kata orang tua jangan pilih benih ini kerana dikuatiri bila besar akan di panah petir.

kelapa2

Tunas kelapa ini tumbuh di atas bulat kelapa, maka orang tua kata pilih benih ini, maka bila besar nanti tidak di panah petir. Betul atau tidak pendapat ini saya pun tidak tahu, namun semasa memilih benih saya ikut juga cara pilih yang orang tua beritahu.

POKOK PALMA TIRUAN

palma tiruan

Cantik pokok palma tiruan ini , menjadi hiasan landskap di Aeon shopping komplek Setiawan. Pokok tiruan ini mudah tidak perlu penyelenggaraan seperti pokok sebenar cuma harga pokok tiruan ini agak tinggi.

 

 

RAHSIA TAMAN UNDIAN
PELAWAT
232092
Visit Today : 56
Visit Yesterday : 50
This Month : 106
This Year : 9148
Total Visit : 232092
Hits Today : 117
Total Hits : 696054
Who's Online : 3
POPULAR