Categories
KALENDAR
December 2017
M T W T F S S
« Feb    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
Like this

Follow me

Share This

Hanya Ku Minta

Semoga Allah memberi kesihatan, umur yang panjang,kekuatan iman dan murah rezeki kepada penulis rahsiataman.com

Sejarah landskap

SEJARAH

 

PERKEMBANGAN LANDSKAP

Landskap bermula dari zaman batu lagi. Ini berdasarkan bukti penemuan lukisan-lukisan di gua batu oleh ahli sejarah.

Ahli kaji purba sering menemui tinggalan bekas minyak wangi dan kilang memproses minyak wangi dari kawasan kajian. Di dapati bahawa tumbuhan digunakan untuk hiasan dan bau-bauan.

Taman al-Hambra di Sepanyol yang di bina pada akhir abad ke 11 dan 13 merupakan taman tersohor pada masa itu. Reka bentuk bangunan dan landskap bercirikan islam.

PERKEMBANGAN LANDSKAP DI MALAYSIA

Perkembangan landskap Malaysia bermula seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka(abad ke 14dan 15) Berdasarkan pengisahan Munsyi Abdullah yang menyatakan kewujudan taman larangan pada zaman Kesultanan melayu melaka dan keindahan taman bunga pada zaman kesultanan kelantan abad ke 16 dikenali dengan (Tanah Serendah Sekebun Bunga).

Hasil peninggalan penjajah Portugis, Belanda dan British di tanah melayu wujudlah landskap di mana merekalah yang memperkenalkan konsep rekreasi dan kawasan lapang. Peninggalan yang masih wujud hingga kini seperti

  • Taman Botani, Pulau Pinang (1884)
  • Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur (1888)
  • Taman Tasik Taiping, Perak (1880)

Mereka juga membawa tumbuhan eksotik  dari negara mereka.

Landskap di perkampungan orang melayu pada masa dahulu berkait rapat dengan alam semulajadi persekitarannya.Mengekalkan keadaan semulajadi, Landskap yang di buat seperti menyediakan kawasan lapang untuk kenduri. Tumbuhan yang selalu di tanam ialah kelapa, kerana banyak kegunaannya di samping itu juga kelapa di tanam sebagai menandakan kelahiran anak disayangi.

Landskap di Malaysia lebih tersusun dan teratur pada akhir tahun 1970 an. Dimana pengindahan untuk kawasan kediaman rasmi, jalan-jalan, bangunan-bangunan awam, taman-taman rekreasi dan istana.

Kesedaran timbul untuk mewujudkan banyak kawasan lapang dan kawasan untuk orang awam. Contohnya

  • Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur
  • Taman Tasik Permaisuri Kuala Lumpur

Kini Landskap menjadi cara hidup masyarakat malaysia, undang-undang juga disediakan di mana menetapkan  setiap pembangunan yang hendak dibangunkan mesti mempunyai landskap. Peruntukan undang-undang dan garis panduan bagi memastikan penanaman pokok (Akta Perancang Bandar dan Desa, 1976, Bahagian VA) , penerapan elemen-elemen landskap sebagai pelembut dan penyeri persekitaran (Garis Panduan Landskap Negara 1995)  ,Pelaksanaan akta atau undang-undang yang diperuntukan bagi mengekalkan sebahagian daripada pokok besar yang sedia ada di tapak (Bahagian 35A, Akta Perancang Bandar dan Desa,1976) dan Wawasan untuk menjadikan Malaysia sebagai “Negara Taman” pada tahun 2005

Landskap di Malaysia terus berkembang di mana kerajaan telah mewujudkan badan yang bertangungjawab untuk menguruskan landskap seperti

  • Unit Landskap di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1981
  • Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • Jabatan Landskap Negara (1 januari 1996)

Untuk menambah lagi tenaga mahir mengenai landskap. Kerajaan telah membuat pusat latihan mengenai landskap di mana dengan tujuan untuk menyediakan tenaga mahir dalam bidang landskap. Maka wujudlah kursus atau mata pelajaran landskap. Di Universiti , Institut, Kolej, Politeknik telah mengadakan subjek landskap untuk dipelajari.

Antara Pusat Ilmuan yang menyediakan subjek landskap seperti di

  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Institut Teknologi Mara
  • Univertsiti Teknologi Malaysia
  • Politeknik
  • Kolej Komuniti
  • Institut Pertanian

Kini telah wujud matapelajaran Landskap di sekolah-sekolah menengah harian biasa . Bermula pada tahun 2002 dimana matapelajaran Vokasional diperkenalkan di sekolah harian biasa iaitu matapelajaran Landskap dan Nurseri untukpelajar tingkatan 4 dan 5.

Sekarang ini bagai cendawan tumbuh di mana sektor swasta turut terlibat dengan tertubuhnya pelbagai syarikat yang memberi khidmat , latihan, nasihat tentang landskap ,

Kerajaan juga telah mewujudkan

  • Hari landskap pada setiap 3/3
  • Acara tahunan pesta flora
  • Acara tahunan ekspo landskap di taman tasik perdana
  • Acara Tahunan MAHA di Serdang
  • Bunga raya sebagai bunga kebangsaan
  • Majlis daerah untuk mengurus landskap daerah
  • Bandaraya Putra Jaya sebagai landskap contoh yang terbaik

Maka pada hari ini dapatlah kita melihat landskap yang indah-indah berhampiran anda

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

RAHSIA TAMAN UNDIAN
LIMAU
Daun limau yang digunakan untuk membuat tomyam?
RAHSIATAMAN SAHABAT
Sokongan daripada anda semua amat diperlukan dengan menekan butang like. Sokongan ini dapat meningkatkan motivasi saya untuk terus menulis mengenai rahsia taman dan semua bidang ilmu landskap. Agar kita dapat berkongsi bersama tentang ilmu ini. Anda juga boleh kunjungi atau join https://www.facebook.com/rahsia.taman.3
Like Rahsiataman On Facebook
PELAWAT
161952
Visit Today : 1
Visit Yesterday : 57
This Month : 1205
This Year : 30374
Total Visit : 161952
Hits Today : 29
Total Hits : 509178
Who's Online : 1
plugins by Bali Web Design
POPULAR