Categories
KALENDAR
October 2014
M T W T F S S
« Sep    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
Like this

Follow me

Share This

Hanya Ku Minta

Semoga Allah memberi kesihatan, umur yang panjang,kekuatan iman dan murah rezeki kepada penulis rahsiataman.com

Jenis Landskap

http://www.rahsiataman.com/Taman/Gambar%20taman/BeautifulGarden.jpg

Landskap dibahagikan kepada dua

1. Landskap Lembut

2. Landskap Keras/Kejur

 

LANDSKAP LEMBUT

Perlandskapan yang melibatkan penggunaan elemen semulajadi

Seperti : 1. Tumbuhan  2. Air

 

LANDSKAP KERAS/KEJUR

Perlandskapan yang melibatkan penggunaan elemen buatan dan keras

Seperti : 1. Batu  2. Kayu 3. Simen 4. Besi 5. Fibreglass 6. Kaca

Contoh binaan : 1. Wakaf, Pergola, Siar kaki, Kolam,

 

 

JENIS-JENIS LANDSKAP

1.  Landskap Kediaman

2. Landskap Institusi

3. Landskap kawasan rekreasi

4. Landskap Kawasan Bersejarah

5. Landskap Kawasan perindustrian

6. Landskap di taman-taman tema

7. Landskap laluan/jalan

 

LANDSKAP KEDIAMANDi bahagikan kepada dua

  •  Landskap kediaman luar bandar
  •  Landskap kediaman bandar

Landskap ini dipengaruhi oleh keadaan ekonomi dan budaya

Landskap kediaman luar bandar

Mempunyai ruang yang luas, menekankan aspek pemeliharaan, pemuliharaan, dan peningkatan suasana desa. Kebanyakan tumbuhan di tanam dalam tanah.

Landskap kediaman bandar

Mempunyai ruang yang terhad, menekankan aspek ringkas dan selesa, selalunya landskap dirancang dengan lebih teratur dan sistematik. Kebanyakan tanaman di tanam di dalam pasu

Landskap juga dipengaruhi oleh keadaan budaya

Masyarakat Melayu

  • Menanam tumbuhan herba dan perasa contoh serai, pandan, halia, cekur, lengkuas, pokok kari, limau purut, kantan, senohong, selum, pegaga
  • Elemen buatan seperti pagar dan wakaf

Masyarakat Cina

  • Menanam tumbuhan berwarna merah dan kuning contoh adenium, pinang merah, bonsai, limau, kemunting
  • Elemen buatan pondok merah untuk upacara keagamaan, tanglung merah dan air terjun buatan

Masyarakat India

  • Menanam tumbuhan seperti melur, susun kelapa, tebu, pisang, sireh, pinang
  • Elemen buatan seperti periuk tanah dan air terjun, patung

http://www.rahsiataman.com/Taman/Gambar%20taman/shugakuin.jpg

 L

LANDSKAP INSTITUSILandskap yang mengikut  kegunaan

Landskap kawasan sekolah

  •  Menanam tumbuhan hiasan yang harmoni dan mewujudkan suasana kondusif
  •  Mengunakan elemen yang dapat digunakan seperti bangku, meja, wakaf
  •  Mengurangkan kebosanan, menanam pelbagai warna dan bentuk pokok

Landskap kawasan hospital

  • Wujudkan ketenangan mengunakan elemen air
  • Penerapan unsur-unsur terapeutik
  • Pemilihan tumbuhan yang berwarna ceria
  • Pemilihan tumbuhan hiasan yang tersusun
  • Pemilihan tumbuhan yang berbau harum

Landskap kawasan masjid/gereja

  • Utamakan fungsi estetik dan nilai
  • Mengunakan elemen landskap seperti wakaf
  • Penggunaan tumbuhan berbau harum

 

LANDSKAP KAWASAN REKREASI
  • Mewujudkan suasana persekitaran yang selesa dan segar
  • Mengunakan banyak tumbuhan berwarna hijau
  • Mengunakan banyak pokok naungan
  • Penggunaan elemen siar kaki, laluan refleksologi,  pergola, pancutan air, kolam ikan hiasan, wakaf
LANDSKAP KAWASAN BERSEJARAH
  • Mewujudkan kembali hasil peninggalan satu budaya
  • Menanam tumbuhan dan membina elemen yang berkaitan budaya
  • Mewujudkan landskap hasil peninggalan budaya Portugis , Belanda dan British
  • Contoh Bukit Tinggi, A Famosa, Bukit larut
LANDSKAP KAWASAN PERINDUSTRIAN
  • Menanam tumbuhan yang khusus untuk mengawal pencemaran udara, bunyi dan mengadang pemandangan yag tidak menarik
  • Tumbuhan yang sesuai mempunyai tekstur yang padat, permukaan daun yang berbulu dan air ini dapat membantu menyerap habuk dan bunyi.
LANDSKAP KAWASAN TAMAN TEMA
  • Banyak mengunakan elemen air
  • Menanam tumbuhan naungan
  • Menanam tumbuhan yang mempunyai nilai estetik seperti bonsai, topiari
LANDSKAP KAWASAN LALUAN / JALAN
  • Menanam tumbuhan yang berfungsi menunjuk arah, menghalang cahaya kenderaan/matahari, membahagi kawasan, menyerap habuk
  • Tumbuhan yang di pilih hendaklah yang tahan lasak pada panas, kurang penyelenggaraan dan pokok yang kuat tidak mudah tumbang.

Leave a Reply

Current month ye@r day *

RAHSIA TAMAN UNDIAN
LIMAU
Daun limau yang digunakan untuk membuat tomyam?
RAHSIATAMAN SAHABAT
Sokongan daripada anda semua amat diperlukan dengan menekan butang like. Sokongan ini dapat meningkatkan motivasi saya untuk terus menulis mengenai rahsia taman dan semua bidang ilmu landskap. Agar kita dapat berkongsi bersama tentang ilmu ini.
RAHSIA TAMAN SAHABAT ' LIKE'
PELAWAT
057641
Visit Today : 11
Visit Yesterday : 119
This Month : 2337
This Year : 26063
Total Visit : 57641
Hits Today : 11
Total Hits : 174048
Who's Online : 2
plugins by Bali Web Design
POPULAR